Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Thursday 22 March 2012

SMS Remaja Hilang Maklum Selamat

JERANTUT: Gadis yang tidak pulang ke rumahnya di Taman Koperasi di sini, sejak Isnin lalu, menghantar teks pesanan ringkas (SMS) kepada ibunya kelmarin, memaklumkan beliau selamat tetapi keluarganya masih gagal menghubungi telefon bimbit gadis terbabit. 

Nor Nabilah Mat Yaacob,15, dikatakan keluar rumah untuk membeli kad tambah nilai prabayar telefon bimbitnya dan ke rumah seorang rakannya jam 8.15 malam tetapi tidak pulang ke rumah selepas itu.

Susulan itu, mereka membuat laporan polis berhubung kehilangan gadis terbabit pada jam 3 pagi, Selasa lalu.
Ibunya, Norazlina Osman berkata, sebelum kehilangannya, mereka mempelawa Nor Nabilah mengikut keluarga ke bandar Jerantut bagi menyaksikan kakaknya, Farah Syahirah, 17, berlatih menari tetapi dia enggan dengan alasan mahu membeli kad tambah nilai. 

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail berkata, polis melancarkan operasi mengesan gadis itu dengan mengedarkan gambar dan mereka yang mengetahui mengenainya diminta menghubungi polis Jerantut di talian 09-2662222 atau keluarganya di talian 013-9742605.


Sumber

No comments:

Post a Comment