Model DELL XPS
KUALA LUMPUR - Dell melancar komputer riba yang pernah memenangi anugerah - XPS 13 - di pasaran Malaysia, semalam.

"XPS 13 perlukan perhatian, merentas antara kerja dan bermain, merangkumkan teknologi hebat dalam pakej kecil mudah alih dan menawarkan perlindungan dan jaminan mesra perusahaan," kata Varinderjit Singh, Pengarah Urusan Perniagaan Komersil dan Pengguna, Dell Malaysia dan Singapura.

XPS 13 dengan pemproses i5 Intel Core berharga RM3,499 manakala model pemproses i7 Intel Core ditawarkan pada harga RM4,899, kata Catherine Lian, pengurus negara bagi Perniagaan Pengguna Dell Malaysia pada pelancarannya di sini.

XPS 13, seberat 1.36kg,  didatangkan dengan Pakej Perkhidmatan Utama Dell yang meliputi perkhidmatan dalaman selepas diagnosis remote dan sokongan keutamaan pengguna serta jaminan menyeluruh selama setahun.

Mulai 1 April, dengan usaha sama Yes - perkhidmatan Internet mudah alih 4G dengan suara, terpantas Malaysia, Dell menawarkan pakej promosi Internet mudah alih 4G bernilai RM217 untuk 1,000 pembeli pertama XPS 13. - Bernama

Sumber