Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Friday 23 March 2012

Menurut Ibu Nur Fatin Hilang Sejak 10 Feb

JOHOR BAHRU: Seorang gadis, Nurul Fatin Jaslan, 21, dilapor hilang selepas tidak pulang dari tempat kerjanya di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, sejak 10 Februari lalu.

Endon Ahmad, 58, berkata pada hari itu anaknya yang bekerja sebagai kerani di pusat terapi kesihatan meminta kebenaran untuk pulang awal daripada majikannya tetapi dia tidak pulang ke rumah.
"Anak lelaki saya pergi mencarinya ke kedai itu, tetapi majikannya kata Fatin sudah pulang malah meminta kebenaran untuk pulang awal sejam iaitu kira-kira jam 10 malam dengan alasan ada masalah keluarga," katanya.
Beliau yang ditemui di rumahnya di Jalan Muafakat, Kampung Pasir Putih hari ini berkata pada hari itu, Fatin keluar bekerja pada jam 10 pagi dengan memakai baju Punjabi berwarna hijau dan kuning serta berseluar panjang hitam.

Sehari sebelum kehilangan Fatin, Endon berkata beliau menegur tindakan anaknya itu yang tidak ke kelas belajar bahasa Inggeris sebaliknya pergi menonton wayang.

Endon membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pasir mengenai kehilangan anaknya itu dua hari selepas anaknya tidak pulang ke rumah.

"Fatin mungkin berkecil hati kerana teguran saya itu. Setiap malam saya menangis kerana terlalu rindukan Fatin. Harap dia segera pulang dan lupakan salah faham yang terjadi. Malah semalam saya bermimpi dia pulang ke rumah dan memeluk saya.
"Setiap hari tanpa jemu saya akan mendail nombor telefon Fatin biarpun ia tidak dapat dihubungi, dengan harapan yang menggunung dia akan menjawab panggilan saya," katanya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Roslan Zainuddin, mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu dan meminta orang ramai menghubungi Endon di talian 017-7437882 atau ketua balai Taman Pasir Putih SM Mohamad Rafi Md Nor di talian 012-7408338 atau 07-2524122 sekiranya mempunyai maklumat mengenai Fatin. - BERNAMA
Sumber

http://my.churpchurp.com/FiziVader/share/visitperth

No comments:

Post a Comment