Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Saturday 25 February 2012

Mesin Pencetak-Laser-4600N-4620DN-Fuji Xerox-Perniagaan-Paper

pix_gal0
MESIN pencetak laser Phaser 4600N dan 4620DN keluaran Fuji Xerox dilihat sesuai bagi mereka yang bekerja atau memiliki perniagaan.

Kedua-dua produk terbaru dari Fuji ini dikatakan memiliki kemampuan mencetak dalam jumlah besar dengan cepat. Phaser 4620DN memiliki kemampuan mencetak kira-kira 65 halaman seminit manakala Phaser 4600N mempunyai kemampuan mencetak hanya 55 halaman.
Kualiti gambar yang dicetak juga mampu mencapai 1,200 x 1,200 dpi dan ia mampu menghasilkan hingga 275,000 cetakan dalam masa sebulan.
Phaser 4600N/4620DN juga menawarkan kapasiti standard 650 keping kertas yang dapat ditingkatkan sehingga 3,750 halaman dengan penambahan paper tray bagi golongan usahawan yang memerlukan kuantiti cetakan tinggi.

Phaser 4600DN memiliki fungsi butang pilihan depan belakang automatik untuk mengurangkan penggunaan kertas selain pilihan menyusun (staple) secara automatik sehingga 50 keping.

Kedua-dua pencetak ini juga dilengkapi sistem sokongan IPV6 dan IPsec built-in dan teknologi Image Overwrite yang aktif menghapus data yang tidak diperlukan dari memori pencetak untuk melindungi dokumen

sumber 

2 comments: