Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Friday 23 March 2012

Bacaan Radiasi Yang Diberitahu PembangkangTidak Tepat

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili, berkata tahap kadar radiasi tinggi yang direkodkan pembangkang di sekitar tapak bekas kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah dan tapak pelupusan sisa buangan radioaktif di Bukit Kledang di Perak adalah tidak tepat.

Beliau berkata, ini kerana kadar yang direkodkan oleh kumpulan Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) semasa lawatan ke tapak loji berkenaan diperoleh berdasarkan perbandingan dengan bacaan latar belakang Malaysia dan bukannya bacaan latar belakang lokasi itu.
"Bacaan 0.19 microseivert/jam di tapak bekas kilang di Bukit Merah dan 0.2 di loji sisa buangan di Bukit Kledang adalah lebih tinggi kerana perbandingan dibuat berdasarkan purata paras bacaan latar belakang Malaysia iaitu 0.05 microseivert/jam.
"Sebaliknya ia perlu membuat perbandingan dengan bacaan latar belakang di lokasi itu iaitu 0.2-0.75 microseivert/jam," katanya ketika menggulung perbahasan usul keselamatan penduduk di sekitar kawasan tapak kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ongkili berkata, bacaan di kawasan itu lebih tinggi berbanding tempat-tempat lain di Malaysia kerana ia adalah bekas tapak perlombongan bijih timah yang menghasilkan amang yang mengandungi torium dan uranium.

"Berdasarkan fakta itu, adalah tidak wajar Yang Berhormat Batu Gajah (Fong Po Kuan (DAP) berasa bimbang dan risau berkenaan tahap keselamatan dan kesihatan penduduk di kawasan itu," katanya.

Ongkili turut menolak dakwaan SMSL bahawa bacaan yang direkod pada kadar 1.6 microseivert/tahun adalah melebihi tahap selamat bagi orang awam dari segi undang-undang.
"Bacaan 0.2 microseivert/jam bersamaan 1.6 miliseivert/tahun, tetapi bacaan ini apabila ditolak bacaan latar belakang yang juga 1.6 miliseivert/tahun, bacaan akhir adalah sifar.

"Kita berjaya mengurus dan mengurangkan tahap radiasi di kawasan itu. Kita sedang pantau secara luas setiap bacaan oleh mesin-mesin Sistem Pengawasan Radiasi Alam Sekitar (ERMS) dan kita ada data bagi kawasan dalam lingkungan dua hingga 10km dari situ," katanya.

Ongkili berkata, kerajaan banyak belajar daripada sejarah peristiwa Bukit Merah dan Bukit Kledang dan sudah melaksanakan pemantauan berkala di kawasan berkenaan sejak Akta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dikuatkuasakan pada 1984.

Beliau berkata, sejak projek pemulihan tapak pembuangan sisa dilaksanakan pada 1990-an, tiada sebarang kemalangan atau pencemaran radiasi berlaku kepada pekerja, orang awam dan alam sekitar.

"Sekarang bacaan sifar buktikan apa yang ada di situ...tiada mana-mana pihak perlu rasa takut. Kita mesti berhenti daripada menimbulkan ketakutan kepada orang awam," katanya yang turut memaklumkan akan melawat tapak loji berkenaan selepas selesai pembentangan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.

Terdahulu, lima Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang dibawa oleh Fong yang menyifatkan perkara itu perlu dirundingkan segera kerana membabitkan keselamatan dan kesihatan tidak kurang daripada 10,000 orang yang menetap di sekitar kawasan tapak pelupusan sisa tercemar itu.

Selain Fong, turut mengambil bahagian dalam perbahasan ialah Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam).

Dr Lee mencadangkan kerajaan mewujudkan satu mekanisme untuk memantau tahap kesihatan dan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

Abdul Rahman pula mencabar pembangkang supaya menyertai kerajaan melawat tapak loji di Bukit Merah bagi mendapatkan data-data terkini kadar radiasi kawasan itu menggunakan peralatan yang sudah dikaliberasi dan bagi menjamin bacaan yang diperoleh adalah tepat dan tidak dimanipulasi.

Liang pula menyifatkan usul yang dibawa oleh Fong adalah semata-mata sandiwara politik pembangkang kerana cuba mengaitkan isu keselamatan di Bukit Merah dengan projek Lynas.

Persidangan Dewan disambung Isnin. - BERNAMA

Sumber 

http://my.churpchurp.com/FiziVader/share/MASGS 

No comments:

Post a Comment