Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Sunday, 4 March 2012

Kek Unik-Pikat Selera-Sampai Tak Sanggup Makan


Kek ukiran unik pikat selera
LONDON - Adakah anda akan makan atau hanya merenung sahaja kek ulang tahun yang diukir menjadi set hidangan sarapan pagi yang lengkap? Pastinya manisan unik itu akan ditenung seketika sebelum dipotong dan dimakan.

Chef Paul yang memulakan perniagaan kek uniknya dari rumah di Colchester, Essex, Britain, menghabiskan berjam-jam lamanya untuk mengukir rekaan pelik dan dianggap gila kepada pelanggan setia.

Paul, 38, bukan sahaja berkebolehan mengukir kek menjadi hidangan sarapan, malah turut mengukir kek menjadi set hidangan berkelah, aiskrim sundae dan biskut krim kastard yang besar.

Chef yang mempunyai pengalaman bidang makanan dan masakan selama 22 tahun itu mula berjinak-jinak dengan ukiran manisan selepas diminta untuk menyelia bahagian pastri di tempat kerjanya.

Untuk mengukir, Paul menggunakan sejenis kek span berperisa dan ditutup dengan jem, krim mentega, fondan dan gula aising dengan kos 35 pound (RM167.00).

“Ukiran kek terbesar yang pernah saya bina adalah sebuah istana dongeng berukuran 1.8 meter dan terpaksa menghantar dengan dua buah kereta,” katanya.

sumber 

No comments:

Post a Comment