Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Tuesday 28 February 2012

Sisa- Kelapa Sawit-Biomass-MBI-Bahan Mentah-Penyelidik-Modal Insan-Tenaga-Menjana

MYBIOMASS Sdn Bhd, syarikat tujuan khas yang ditubuhkan di bawah Inisiatif Biomass Malaysia (MBI) sedang berunding dengan beberapa rakan kongsi teknologi antarabangsa bagi membangunkan kemudahan kimia bernilai tinggi di negara ini.

Pengarah Urusannya, Puvaneswari Ramasamy, berkata kemudahan itu akan menggunakan biomass atau sisa sawit sebagai bahan mentah dan menukarkannya kepada purata 150,000 kepada 200,000 BDT (ukuran bagi biomass) setahun kimia bernilai tinggi.
Syarikat berkenaan mempunyai teknologi menukar biomass sama ada kepada gula atau produk kimia bernilai tinggi dan projek itu yang dijangka memerlukan pelaburan RM300 juta juga akan membabitkan firma perladangan tempatan, katanya.
Rundingan itu dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini, katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, terdapat banyak minat antarabangsa dalam bidang itu.
Mereka melihat Malaysia kerana kita mempunyai banyak biomas sawit, tetapi masalah yang mereka hadapi ialah bekalan bahan mentah yang berterusan, katanya.

Untuk mengatasi masalah itu, beliau berkata, bekalan perlu mampan yang bermaksud kuantiti mencukupi dan harga kompetitif.
Malaysia, pengeluar minyak sawit mentah (MSM) kedua terbesar di dunia, dianggarkan mempunyai bahan buangan dari ladang sawit sebanyak 80 juta tan setahun yang sebahagian besarnya diperoleh daripada tandan buah kosong (EFB), batang, pelepah, tempurung dan isi rong sawit.

Puvaneswari berkata, potensi biomass besar tetapi belum diteroka memandangkan tumpuan syarikat perladangan di negara ini adalah lebih pada aktiviti huluan.

Apabila kita melihat pada bahan kimia bernilai tinggi, pulangan adalah lebih baik berbanding penggunaan biojisim semasa, katanya.

Produk sampingan daripada proses penukaran juga boleh digunakan untuk menjana tenaga, tambah beliau.

MYBIOMASS, yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada November lalu memainkan peranan penting untuk memastikan bekalan biomass mampan melalui kutipan yang selaras serta menubuhkan kemudahan untuk teknologi penukaran.

Selain menggembleng peluang ekonomi, inisiatif ini juga akan mewujudkan potensi penyelidikan dan menggalakkan pembangunan modal insan di negara ini.

Sumber 

No comments:

Post a Comment