Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Wednesday, 22 February 2012

Kes Bayi Tersedak Susu Meningkat -Tutorial Cara Sebenar Menyusu


  1. Kedudukan badan
  2. Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
  3. Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
  4. Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan
  5. Cara memegang bayi
  6. Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
  7. Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  8. bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu
  9. Cara memegang payudara :
  10. Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
  11. Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
Posisi Penyusuan
  1. Posisi mendukung/buai
    • Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
    • muka dan kepala bayi menghadap payudara 
  1. Posisi mendakap/di sisi
    1. ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
    2. ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
    3. pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya
  1. Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
    • Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
    • Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap
  1. Posisi baring
    • bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat  ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat
Penyusuan pasangan kembar
    • Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak
Pelekapan

Cara yang betul menyusukan bayi

  • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
  • gerakkan badan bayi ke arah payudara
  • pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
  • pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
Cara pelekapan yang betul
  • mulut bayi terbuka luas
  • dagunya mencecah payudara
  • bibir melekup keluar
  • pipi gelembung
  • payudara nampak penuh dan bulat
  • terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
Cara pelekapan yang salah
  • dagu bayi jauh
  • tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
  • dagu tidak menyentuh payudara
  • ibu rasa sakit
  • payudara bolehbengkak dan puting luka

Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

No comments:

Post a Comment