SAMA baiknya dengan sayur-sayuran, buah-buahan juga membawa banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Selain memberi pelbagai sumber mineral untuk kesihatan buah-buahan boleh menaikkan rangsangan dan menyemarakkan kasih sayang terhadap pasangan.
Oleh sebab itu, buahan-buahan seperti strawberi dan epal antara buah yang dihubungkan dengan rasa cinta pasangan. Tidak hairan apabila strawberi bersama coklat menjadi antara menu popular untuk pasangan kekasih.
Ini diakui pakar pemakanan Indra Balaratnam, yang memberitahu sesetengah jenis buah-buahan boleh menghidupkan imaginasi dan menyemarakkan keintiman antara pasangan.
Pisang contohnya, kaya dengan vitamin B yang mampu meningkatkan metabolisme dan tenaga, sekali gus menguatkan nafsu seseorang.
“Bagi penggemar pisang, memakannya setiap hari selain baik untuk kulit juga mampu menaikkan rasa cinta pasangan. Apa kata anda cuba rasai kelazatan pisang bersama aiskrim, krim putar dan sedikit sos coklat sebagai manisan, kemudian kongsi bersama pasangan tersayang. Pasti anda akan dapat rasai perbezaannya,” kata Indra.�
Selain itu anggur, berdasarkan mitos, adalah buah yang dikaitkan dengan kesuburan manusia. Strawberi pula sejak sekian lama dianggap buah yang sangat ‘seksi’ kerana warnanya yang merah menyala dan isinya yang lazat dan berair. Ia kaya vitamin C, menjadikannya makanan berkhasiat untuk menambah kesuburan.
“Sebab itu hidangan strawberi dengan aiskrim akan menjadikan suasana lebih romantik manakala strawberi yang dicicah bersama coklat cair menjadikan manisan lebih lazat serta mempengaruhi rasa cinta kepada pasangan,” katanya.
Selain itu, masyarakat di Peru percaya avokado yang kaya dengan vitamin B6, membantu mengurangkan tekanan dan menjadi sebahagian daripada pengeluaran hormon testosterone.
Sebagai sajian pengikat kasih sayang, avokado boleh digunakan dalam banyak jenis masakan. Buahnya boleh dimasak puri untuk dijadikan kuah guacamole atau digaul bersama jagung manis untuk dijadikan snek sebelum tidur. Antara buah-buahan lain yang mampu meningkatkan rasa sayang dan cinta kepada pasangan ialah:
Tembikai
Pakar penyelidik mendapati likopena, beta karotena dan antioksidan dalam buah tembikai mempunyai keupayaan untuk mengendurkan saluran darah seterusnya meningkatkan keinginan seks. Selain dibuat jus, tembikai boleh menghidup�kan suasana percutian di pulau tropika yang indah jika dijadikan hidangan moktel.
Buah Tin
Bagi pasangan kekasih, bentuk dan rasa buah tin yang manis dapat menyemarakkan perasaan dan keintiman pasangan. Daripada segi pemakanan, buah tin kaya dengan asid amino yang membentuk hormon seksual.
Betik
Betik sering dianggap erotik dalam budaya masyarakat Barat. Selain kaya antioksidan dan vitamin C, betik menjadi sumber yang baik untuk meningkatkan kesuburan wanita. Sebagai buah serba guna, betik muda boleh dibuat kerabu atau salad untuk sajian romantik, betik masak pula lazat dimakan begitu saja apatah lagi jika disejukkan.
Sumber
No comments:
Post a Comment