Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Sunday 26 February 2012

Jom Heboh-Ke 10-Melaka-Ayer Keroh-Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC)

PENGUNJUNG gerai Berita Harian di Karnival Jom Heboh mengambil kesempatan bersalaman dengan Fina AF9 di MITC, Ayer Keroh, semalam.
PENGUNJUNG gerai Berita Harian di Karnival Jom Heboh mengambil kesempatan bersalaman dengan Fina AF9 di MITC, Ayer Keroh, semalam.
 
 
AYER KEROH: Orang ramai yang berkunjung ke Karnival Jom Heboh anjuran TV3 sempena pembukaan edisi 2012 di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC) Melaka, semalam, turut berpeluang mendapatkan pelbagai produk promosi menarik di gerai Berita Harian.

Penolong Pengurus Penjenamaan Berita Harian, Ahmad Firdaus Shaharudin Shah, berkata sepanjang dua hari karnival itu, pengunjung berpeluang mendapatkan cenderahati eksklusif, termasuk kemeja-T, topi, beg, cawan dan payung pada harga promosi.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang mendapatkan rantai kunci percuma bagi setiap pembelian akhbar Berita Harian, selain kanak-kanak berpeluang menyertai lukisan pasir.
“100 pengunjung terawal berpeluang mendapatkan rantai kunci secara percuma. Mereka yang datang bersama keluarga turut boleh bergambar berlatarkan muka depan Berita Harian pada harga RM5 sekeping,” katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment