Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Friday 8 July 2011

perihal bersih..kami tak sokong..


Perhimpunan BERSIH di Stadium Merdeka


2011/07/06

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan 9 Julai ini merancang untuk mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka.

Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga berkata stadium itu dipilih kerana ia mempunyai banyak kemudahan pengangkutan awam dan kawasan strategik untuk pertemuan orang ramai selain memudahkan polis mengawal keadaan.
"Kami juga mohon polis, DBKL atau mana-mana pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan di stadium pada 2 hingga 4 petang nanti.

"Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Ambiga berkata, keputusan memilih stadium berkenaan dilakukan selepas satu mesyuarat diadakan malam tadi yang turut mengambil kira kapasiti yang boleh memuatkan kira-kira 50,000 orang pada satu masa di stadium berkenaan.

Mengenai permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan di stadium itu, Ambiga berkata pihaknya belum lagi mengemukakan sebarang permohonan namun akan bekerjasama dengan pihak berkuasa secepat mungkin.

"Kita belum mohon kerana kerajaan cakap kita boleh pilih mana-mana stadium. Jadi apa perlu permit ini. Tapi kita akan berhubung dengan polis dan pihak berwajib untuk mendapatkan permit tersebut," katanya. 
Beliau menambah pihaknya turut bersedia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk perbincangan lanjut.

Semalam, Ambiga menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara dan bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakannya di stadium berbanding demonstrasi jalanan.

Ambiga berkata, selesai sahaja perhimpunan selama dua jam itu nanti, sepuluh orang wakil mereka akan ke Istana Negara bagi menghantar memorandum bantahan dan tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tuntutan itu adalah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

"Kami juga menuntut agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk mengkaji kelemahan dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihan raya sedia ada," katanya.

Pada Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. - BERNAMA 







No comments:

Post a Comment