Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Friday 8 July 2011

Flat 3A.


Filem Malaysia sekarang kebanyakkan berunsurkan seram. Sekali lagi David Teo sebagai penerbit filem mempertaruhkan filem seram terbarunya iaitu ‘Flat 3A’. Filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 14 Julai 2011 yang dilakonkan oleh Intan Ladyana sebagai pelakon utama. Filem FLAT 3A mengisahkan tentang pengalaman ngeri dan seram Fiqah (Intan Ladyana) dan teman lelakinya Anas setelah Fiqah berpindah ke rumah baru. Tanpa diduga rumah tersebut adalah sebuah rumah tinggal yang cukup berpuaka dan mula menghantui Fiqah. Lepas tu apa yang akan terjadi? Jom layan sinopsis dan video trailerFlat 3A kat bawah nie…
poster-sinopsis-trailer-video-filem-flat-3aPenerbit : David Teo (Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.)
Pengarah : Azhari Mohd Zain
Genre : Seram
Klasifikasi : U
Tarikh Tayangan : 14 Julai 2011
Pelakon : Intan Ladyana, Shasha, Ery Zukhairi, Adey Syafrien, Zaidi Omar, Khaty Azean
Sinopsis :
Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.
Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?

No comments:

Post a Comment