Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Wednesday 13 July 2011

15 Perkara Sebelum Bencana















Daripada Ali b. Abi Thalib r.a, Rasulullah SAW bersabda:

Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bencana pasti akan turun kepada mereka:

(1) Apabila harta rakyat hanya beredar pada orang-orang tertentu.
(2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
(3) Zakat dianggap cukai.
(4) Suami memperturutkan kehendak isteri.
(5) Anak derhaka kepada ibunya.
(6) Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya.
(7) Malah suka menjauhkan diri dari ayahnya.
(8) Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
(9) Yang menjadi ketua adalah orang yang paling hina diantara mereka.
(10) Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
(11) Arak diminum dimerata tempat.
(12) Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
(13) Para artis disanjungi.
(14) Muzik banyak dimainkan.
(15) Generasi umat ini melaknat dan menyalahkan generasi pertama.

Matriks kedua:

Daripada Dzar dari Abdullah, Rasulullah SAW bersabda:

Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum kiamat), nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, dimana namanya seperti namaku, nama bapanya seperti nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.

(H.R Abu Daud dan Tirmizi)

Matriks ketiga:

"(Ingatlah), ketika Allah berfirman: ""Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya kepada Akulah kembalimu, lalu Aku memutuskan di antaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya."
55: Al-Imran

Masanya kian hampir, BERSIHkan diri anda terlebih dahulu sebelum BERSIHkan diri orang lain.



SUMBER:https://www.facebook.com/PendedahanKonspirasi?ref=ts

No comments:

Post a Comment