Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Saturday, 30 July 2011

Stop La Hari nie uTK HaRi Esk



MEMBUAT KEPUTUSAN BERHENTI MEROKOK
Kenapa anda membuat keputusan untuk berhenti merokok?. Mengetahui semua sebab-sebab untuk berhenti merokok akan mendorong anda lebih bersemangat untuk berjaya. Terdapat banyak sebab dan faedah untuk membuang tabiat merokok.
Melindungi orang lain.
Apabila anda merokok, orang yang berada di sekeliling anda turut juga menyedut asap rokok yang datang dari rokok yang anda hisap. Ini dinamakan merokok secara pasif. Ia boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan dan penyakit lelah di kalangan bukan perokok ini sama seperti mereka yang merokok. Merokok secara pasif adalah berbahaya kepada kanak-kanak.
Menjadi teladan yang baik.
Sekiranya anda mempunyai keluarga, anda menjadi contoh ikutan atau ” role model ” kepada ahli keluarga anda khususnya kepada anak-anak anda. Kanak-kanak lebih cenderong untuk merokok sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka merokok.
anak-anak lebih sihat.
Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang merokok adalah lebih kerap menghidapi penyakit penyakit saluran pernafasan seperti pneumona, jangkitan telinga dan lain-lain. Mereka juga lebih kerap mengalami gangguann iritasi pada mata, hidung dan tekak, dan mudah mendapat gejala pernafasan kronik seperti batuk dan kahak.
Meningkatkan kecergasan.
Merokok menjejaskan kecergasan anda dan membuat anda cepat letih dan hilang stamina ketika bersenam, berjogging, berjalan dan pergerakkan berat yang lain.
Meningkat deira rasa dan bau.
Apabila anda berhenti merokok keupayaan deria untuk merasa dan menghidu akan meningkat dan kembali pulih seperti sediakala sama ketika anda belum menjadi perokok.
Kulit lebih sihat.
Merokok mengakibatkan kulit tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, oleh itu sel-sel baru tidak dapat membentuk dengan sempurna. Perokok biasanya cepat beruban, kulit tidak berseri dan cepat berkedut terutamanya di sekeliling mata dan mulut.
Nafas lebih segar.
Nafas akan lebih segar dan tidak berbau busuk apabila anda berhenti merokok.
Gigi lebih putih.
Merokok mengotorkan gigi anda. Ia menyebabkan gigi anda berwarna kuning berkarat dan menjejaskan senyuman anda.
Rambut dan pakaian tidak berbau busuk.
Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian anda. Anda akan dapat merasakan perbezaannya apabila anda berhenti merokok.
Menjimatkan wang.
Perokok yang menghisap rokok sekotak (20 batang) dalam sehari boleh menjimatkan wang lebih kurang RM 1500.00 setahun.
Melindungi alam sekitar.
Asap rokok mencemarkan udara dan alam sekitar. Rokok juga menyebabkan beberapa kebakaran yang boleh dielakkan.
Kesuburan meningkat.
Kajian menunjukkan kesan daripada amalan merokok boleh menyebabkan kelainan pada sperma dari segi mobiliti atau keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga bilangan sperma yang berkurangan.
Kesuburan menurun.
Merokok boleh menyebabkan impoten atau mati pucuk. Ini ialah kesan langsung ke atas keupayaan mendapatkan ereksi atau ketegangan pada alat kelamin yang terjejas akibat pembuluh darah pada alat kelamin tersebut menjadi lemah.


Tips Berhenti Merokok

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak

Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Cara Lain...
Berikut adalah kaedah yang boleh dipraktikan untuk berhenti merokok:

  1. Cold Turkey
Berhenti secara “cold turkey” bermaksud berhenti tanpa apa-apa rawatan. Sesetengah orang melakukannya dengan mengurangkan kuantiti putung rokok yang dihisap setiap hari secara perlahan-lahan. Sesetengah orang pula terus berhenti merokok mulai tarikh tertentu yang ditetapkan. Untuk percubaan awal, kebanyakkan perokok akan menggunakan cara ini, tetapi hanya 10 peratus daripada golongan ini yang benar-benar berjaya.

  1. Ubat-ubatan preskripsi
Di Malaysia, terdapat pelbagai rawatan untuk mengurangkan gian rokok tanpa penggunaan nikotin. Secara amnya, rawatan seperti berfungsi dengan cara seumpama nikotin mempengaruhi otak anda, iaitu mengurangkan gian rokok atau menghentikan kesannya. Kedua-dua jenis rawatan ini dapat diperolehi melalui preskripsi doktor.
            Segala perubatan mempunyai kesan sampingan, jadi adalah mustahak bagi anda untuk mendapat nasihat doktor untuk memastikan rawatan itu sesuai untuk anda. Harus diingat bahawa jika anda sedang menerima rawatan jangka masa panjang seperti penyakit ginjal, anda harus memberitahu doktor anda kerana rawatan-rawatan mengawal gian rokok ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

  1. Terapi Gantian Nikotin (NRT)
            Terapi ini membekalkan badan anda dengan sukatan nikotin yagn sekadar cukup untuk mengurangkan gian rokok, tanpa kesan-kesan mudarat tar dan karbon monoksida daripada asap rokok, yang merupakan penyebab utama kanser dan penyakit kardiovaskular. NRT telah dibuktikan dapat menggandakan peluang menangani tabiat merokok berbanding dengan keazaman sahaja. Walaubagaimanapun, penggunaan NRT sahaja adalah tidak memadai. Anda juga memerlukan keinginan dan keazaman yang kuat. Dengan keazaman yang kuat beserta penggunaan NRT, anda pasti dapat berjaya membuang tabiat merokok. Memandangkan tahap ketagihan tembakau setiap perokok adalah berbeza, jadi NRT menyediakan suatu siri produk yang lengkap seperti Tampalan NRT, Gam NRT dan Alat Sedutan NRT yang dapat dibeli secara langsung dari ahli farmasi tanpa preskripsi doktor juga dapat diperolehi dari hospital-hospital kerajaan dan juga klinik-klinik swasta. NRT membekalkan suatu siri produk yang lengkap untuk memenuhi permintaan para perokok memandangkan setiap perokok adalah unik dengan tabiat  merokok yang berbeza. Jadi, anda pasti dapat mencari satu jenis produk NRT yang paling bersesuaian untuk anda dengan nasihat dari ahli farmasi dan penyedia perkhidmatan CSCSP (Certified Smoking Cessation Service Provider) anda.

Individu yang tidak boleh guna NRT
             Perokok boleh menggunakan NRT sebagai cara untuk berhenti merokok. Namun begitu perokok tidak digalakkan menggunakan terapi NRT sekiranya;
  • Anda sedang atau bercadang untuk menyusukan anak dengan susu badan.
  • Anda mempunyai penyakit jantung dan simptom-simptom debaran jantung yang tidak normal (denyutan jantung yang cepat dan tidak sekata dan angina).
  • Anda diserang penyakit jantung atau strok kebelakangan ini.
  • Anda mempunyai masalah kulit yang berpanjangan seperti psoriasis atau dermatisis.
  • Anda bukan perokok dan hanya merokok sekali-sekala.

No comments:

Post a Comment