Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Monday, 18 July 2011

killer anda bersedia kah?




KEJAHATAN selalu berlindung atau bertopengkan keadilan manakala yang lemah selalu menjadi mangsa penindas. Sudah sekian lama manusia terperangkap dalam situasi seperti itu yang sememangnya tidak adil.


Filem ‘suspense-thriller’ dalam bahasa Mandarin terbaru, Mysterious Island terbitan China, contohnya turut memaparkan isu sebegini dalam cubaan menarik penonton ke pawagam. 
Walaupun bergenre seram, filem ini cuba memberikan inspirasi kepada insan yang sering menganggap diri mereka lemah dan sukar berjaya. Hakikatnya, selemah mana pun seseorang itu, namun jika ada keyakinan dan semangat kental, mereka akan pasti bangkit dan menewaskan kejahatan.

Filem arahan Kai Cheung Chung ini mengisahkan Yi Lin, seorang pekerja di sebuah pejabat yang menghadapi masalah hidup. Teman lelaki Yi Lin menipunya menyebabkan Yi Lin sanggup menggelapkan duit syarikat jutaan dolar walaupun tahu dia tidak mampu untuk membayar semula duit sebanyak itu.

Majikannya yang jahat terus mengugutnya agar membayar kembali wang itu dengan syarat menghambakan diri kepadanya.

Dalam keadaan yang tertekan, Yi Lin berpeluang menyertai satu permainan mencabar bercorak ‘survival game’ yang dinamakan ‘Mysterious Island’. Ia menawarkan hadiah wang tunai lumayan cukup bagi menyelesaikan hutangnya itu.

Seramai lapan peserta dari rantau Asia memasuki program itu. Mereka dibahagikan kepada empat orang setiap kumpulan. Antara yang layak ialah pengacara program televisyen, Stanley dan seorang jurufoto, Ken.

Pada awal permainan, ia kelihatan adil, tetapi ketika dalam perjalanan menaiki bot ke sebuah pulau, satu kemalangan terjadi mengakibatkan permainan itu bertukar menjadi satu permainan yang kotor.

Walaupun penat dengan perjalanan itu, mereka akhirnya tiba di pulau misteri itu. Setiap seorang dibekalkan peta namun semuanya hilang. Hanya satu peta yang tinggal iaitu yang ada pada Yi Lin. Lalu mereka memutuskan untuk mengikut ke mana saja dia pergi.

Sepanjang perjalanan mereka, keadaan hutan di sekeliling semakin menakutkan, apatah lagi dengan bunyi ribut dan haiwan liar. Secara tidak sengaja mereka membunuh seekor anak khinzir menyebabkan mereka diserang ibu khinzir itu.

Mereka cuba menyelamatkan diri dan akhirnya terkandas di sebuah bangunan yang menjadi tempat kediaman pesakit kusta. Khabar angin yang tersebar mengenai kesan penyakit kusta menimbulkan perasaan panik di kalangan mereka, apatah lagi dengan sikap seorang peserta, Peng Fei yang memaksa mereka meninggalkan pulau itu dan merampas peta berkenaan.

Yi Lin ingin mengambil semula peta itu daripada Peng Fei tetapi secara tiba-tiba, seorang pesakit kusta muncul lalu menolak Peng Fei jatuh dari sebuah tebing. Kumpulan itu sebulat suara ingin melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa, malangnya telefon bimbit mereka pula didapati hilang. Sepanjang malam, mereka tidak dapat tidur langsung kerana takut kejadian yang sama menimpa mereka.

Mereka semakin takut kerana tanpa peta itu, mereka tidak dapat ke mana-mana. Namun salah seorang peserta, Xiao Long memberikan cadangan agar mereka mendapatkan kembali peta itu daripada pembunuh Peng Fei tetapi belum sempat mereka berbuat sedemikian, Stanley pula mati dibunuh.

Ini menyebabkan kepercayaan sesama mereka semakin berkurangan. Yi Lin cuba menyatukan mereka semua tetapi dia pula dimarahi ahli kumpulan yang lain. Pada ketika inilah Yi Lin menyedari permainan itu sebenarnya ada niat jahat.

Ken pula cuba mencari pembunuh itu melalui rakaman videonya. Malangnya, pada keesokan harinya, mereka mendapati Ken turut mati terbunuh.

Seterusnya, filem itu menyaksikan babak tuduh menuduh iaitu siapa yang menjadi pembunuh sebenar kerana ramai lagi menjadi mangsa.

Semuanya akan terjawab dalam filem ini yang sedang rancak ditayangkan di pawagam tempatan. Ia dibintangi Jordan Chan, Mini Yang, Ting Yau Tsui, Janel Choi dan Anya

No comments:

Post a Comment