Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Wednesday 28 March 2012

Berkhatan Tuntutan Agama-ritual circumcision


Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian dari kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'circumcision'.
Indikasi
Secara lazimnya kebanyakan prosedur khatan yang dilakukan di Malaysia dilakukan kerana tuntutan agama ataupun dinamakan ' ritual circumcision' di mana prosedur khatan itu dilakukan pada zakar yang normal. Sebab-sebab perubatan yang mungkin memerlukan khatan adalah keadaan yang dipanggil 'phimosis' di mana pembukaan kulit pada hujung terlalu sempit dan menghalang aliran kencing atau paraphimosis akibat kulit hujung zakar tersekat di belakang glans.
Paraphimosis terjadi apabila kulit preputial yang ditarik tersekat di belakang glans. Ia bertindak seperti pencerut di bahagian proximal corona. Mengakibatkan edema.
Terdapat juga beberapa kes di mana khatan dilakukan atas sebab-sebab perubatan di mana terdapat kelainan pada kulit zakar atau khatan dilakukan untuk memudahkan memasukan tiub dalam saluran kencing bagi pesakit yang perlu melakukan 'clean self catheterization'. Keadaan seperti pundi kencing yang tidak dapat berfungsi dengan baik juga dapat mendedahkan pesakit untuk mendapat jangkitan saluran kencing, keadaan ini memerlukan kencing dikeluarkan dari pundi kencing dengan memasukan tiub ke dalam saluran kencing, untuk memudahkan pesakit memasukkan tiub dalam saluran kencing, maka kulit yang berlebihan di hujung zakar dibuang dengan prosedur khatan. Terdapat juga kes di mana khatan perlu dilakukan kerana kecederaan pada kulit di hujung seperti apabila kulit pada zakar tersepit dengan zip.
Kulit hujung zakar tersepit zip seluar
Kulit hujung zakar (preputial skin) mungkin diperlukan untuk rekonstruksi genitelia untuk kelainan kongenital zakar. Keadaan ini termasuk hypospadias, epispadias, chordae, buried penis dan micropenis. Untuk itu berkhatan harus dielakkan atau ditangguhkan untuk keadaan tertentu tersebut.
Hypospadias dimana urethra dan kulit bahagian ventral tidak terbina dengan sempurna. Zakar mungkin bengkok atau terpusing.
Teknik Berkhatan
Secara lazimnya terdapat dua peringkat usia utama di mana khatan dilakukan, iaitu semasa bayi baru lahir ataupun dipanggil 'neonatal circumcission' dan juga semasa umur kanak-kanak mencecah sekitar umur 7 - 12 tahun. Khatan juga dilakukan sebagai prosedur sampingan semasa melakukan pembedahan seperti pembedahan hernia.
Kaedah Plastibel
Khatan yang dilakukan semasa bayi baru lahir biasanya dilakukan dengan menggunakan bius setempat. Disebabkan zakar bayi yang baru lahir masih sangat kecil, prosedur ini perlu dilakukan oleh pakar yang benar-benar terlatih untuk melakukan prosedur tersebut, kerana jika tidak, terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi dari prosedur itu. Untuk melakukan khatan pada bayi, pada kebiasaannya memerlukan penggunaan'plastibel'.
Prosedur berkhatan menggunakan plastibel. Setelah slit dilakukan pada kulit preputial, plastibel dilekapkan pada bahagian glans. Benang digunakan untuk mencerut kulit terhadap lekuk plastibel. Selanjutnya, lebihan kulit preputial dibuang
Khatan yang dilakukan pada kanak-kanak yang lebih besar juga biasanya dilakukan di bawah pengaruh bius setempat. Tetapi untuk melakukan prosedur ini kanak-kanak ini perlu ada persediaan mental untuk menghadapi prosedur tersebut. Jika kanak-kanak tidak bersedia dan terlalu takut untuk menghadapi prosedur itu maka prosedur itu tidak harus diteruskan kerana ia meningkatkan risiko untuk komplikasi. Sebelum khatan dilakukan pemeriksaan yang terperinci harus dilakukan pada zakar dan jika terdapat apa-apa kelainan pada zakar pesakit, maka pesakit itu perlu dirujuk pada pakar bedah kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut. Kita hendaklah memastikan pesakit tidak ada masalah pendarahan seperti haemophilia dan seumpamanya, kerana jika pesakit ada masalah pendarahan, pendarahan pesakit mungkin tidak dapat berhenti setelah khatan dilakukan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah mental atau masalah pendarahan, maka Majlis Fatwa Kebangsaan telah memberi pengecualian kepada mereka dari melakukan khatan. Bagi kanak-kanak yang tidak dapat dikhatankan di bawah pengaruh bius setempat boleh dipertimbangkan untuk di khatan di bawah pengaruh bius umum bergantung kepada penilaian doktor perawat dan merit kes. Terdapat dua kaedah utama untuk melakukan khatan iaitu secara freehand atau menggunakan clamp. Dalam kaedahfreehand pula terdapat dua kaedah iatu dengan menggunakan dorsal slit atau guillotine method. Kaedah dorsal slit dianggap lebih selamat kerana ia mempunyai risiko yang rendah untuk kecederaan glans penis berbanding dengan kaedah guillotine.
Kaedah Dorsal slit
  1. Zakar dibersihkan
  2. Kulit zakar dipisahkan dari gland penis dan smegma dibuang
  3. Zakar dibersihkan sekali lagi
  4. Bius setempat diberi
  5. 1 artery forceps diletakan pada frenulum dan 2 artery forceps diletakan pada kedudukan 12 o'clock
  6. Kulit digunting pada kedudukan12 o'clock hingga kulit dalam prepuce 0.3 cm dari corona
  7. Kulit digunting dikeliling penis dengan mengekalkan jarak 0.3 cm dari corona dan kulit dilebihkan pada bahagian franulum
  8. Pendarahan dihentikan dengan menggunakan bipolar atau dengan mengikat saluran darah (penggunaan monopolar diathermy perlu dielak kerana boleh merosakkan bekalan darah pada penis dan menyebabkan kerosakkan pada penis
  9. Kulit dijahit dengan menggunakan suture yang boleh diabsorb dengan cepat
  10. Tidak memerlukan dressing
Kaedah Clamping
Terdapat berbagai jenis clamp di pasaran untuk melakukan khatan, sebelum menggunakan mana-mana clamp,pengamal perubatan mestilah cukup terlatih untuk menggunakan clamp tersebut untuk mengelakkan komplikasi. Secara amnya clampmempunyai dua komponen. Komponen pertama adalah bahagian yang melindungi glans penis dan bahagian yang kedua adalah bahagian yang mengepit lapisan kulit prepucedengan lapisan pertama. Dengan ini darah tidak akan mengalir ke bahagian kulit tersebut dan kulit itu akan mati .Ia mengelakkan dari perdarahan dan tidak perlu untuk melakukan jahitan. Terdapat kes-kes di mana clamp tidak jatuh sendiri dan clamp terpaksa dibuang secara manual. Cara melakukan khatan dengan menggunakan clamp
  1. Pastikan pengamal perubatan terlatih untuk menggunakan clamp yang digunakan
  2. Pastikan saiz clamp sesuai dengan pesakit, ini adalah kerana clamp datang dalam berbagai saiz yang berbeza
  3. Bersihkan penis
  4. Beri bius setempat
  5. Pisahkan glans penis dari prepuce
  6. Lakukan dorsal slit
  7. Letakkan lapisan pelindung glans penis dan pastikan ia terletak dengan sempurna
  8. Tarik kulit prepuce dan letakkan di antara lapisan pelindung dan lapisan pengapit
  9. Kuncikan clamp tersebut
  10. Clamp itu akan jatuh sendiri dalam masa 7-10 hari, jika tidak ia perlu dibuang secara manual
Komplikasi khatan
  1. Pendarahan, jika pendarahan berlaku lakukan gentle compression, jika pendarahan berterusan perlu dapatkan rawatan doktor untuk mencari dan menghentikan pendarahan tersebut
  2. Jangkitan kuman, pastikan tempat pembedahan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman, jika berlaku perlu mendapat rawatan doktor.
  3. Kecederaan pada penis, ini mesti dielakkan dengan melakukan prosedur dengan cermat,sebarang kecederaan mesti dirawat dengan segera
  4. Masalah kencing, jika pesakit menghadapi masalah kencing selepas berkhatan, ia perlu mendapat rawatan doktor dengan segera

1 comment: