Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Thursday, 21 July 2011

Kawen DALAM beLoN



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nikahdalambelonpanas/Article/index_html





BIAR nampak unik dan diingati seumur hidup - itu yang mungkin terdetik di hati sesiapa saja apabila memperkatakan tema majlis perkahwinan.
Tiada salahnya mengimpikan majlis perkahwinan unik dan jarang dibuat oleh sesiapa. Ini kerana ia akan meninggalkan kesan mendalam terhadap pasangan, keluarga dan rakan yang menghadiri majlis asalkan ia mengikut kemampuan kewangan individu.
Namun bagi mereka yang berasa tidak mungkin dapat mengecapi impian, peraduan impian perkahwinan Inner�Shine - Harian Metro seme�mangnya menarik untuk disertai.

Penyertaan Aimi Liyana Muhammad, 24, dalam peraduan berkenaan nyata tidak sia-sia.


Dia menyertai pertandingan menulis esei mengenai impian majlis perkahwinannya kerana baginya, ia sebagai cara meluahkan idea kreatif yang pasti tidak akan tercapai mengikut kemampuannya sendiri.

“Ia sekadar impian dan sesiapa saja mengidamkan keunikan pada majlis perkahwinan yang akan diadakan.

“Misalnya saya mengimpikan majlis akad nikah di dalam belon panas sejak remaja walaupun tahu ia tidak mampu dilaksanakan.

“Bagi majlis beramai-�ramai pula, saya mengimpikan untuk melaksanakannya di pulau persendirian yang akan disambut dengan gadis pembawa bunga pada waktu itu.

“Selepas disambut, kami akan menaiki kapal persiaran mewah menge�lilingi pulau berkenaan seperti di Putrajaya,” katanya ketika menceritakan impian majlis perkahwinannya yang diungkapkan melalui tulisan esei peraduan berkenaan, baru-baru ini.

Aimi Liyana yang meng�amalkan minuman pati Prune Plus sebagai makanan tambahan sebelum hari perkahwinannya pada Januari 2012 memena�ngi hadiah utama yang membawa pulang wang tunai RM1,000, hantaran InnerShine disediakan oleh penggubah hantaran, Sharajatul Dur Ismail bernilai RM300 dan bunga telur untuk 500 tetamu bernilai RM2,000.

Dia mengetahui mengenai peraduan itu daripada rakan serumahnya, membuatkan dia terdetik untuk menyer�tainya memandangkan dia memang mengambil minuman tambahan produk InnerShine.

“Saya mengambil masa selama sebulan bagi mengarang artikel mengenai impian perkahwinan ini. Memang tak sangka dan terkejut apabila diberitahu saya memenanginya kerana pada mulanya ia hanya sekadar suka-suka dan berseronok saja,” kata–nya yang tiba dari Terengganu bersama tunangnya, Abdul Hakim Che A Halim, 24, bagi menerima hadiah daripada Cerebos pada awal Julai lalu.

Bagi pemenang sagu hati, Wan Nur Aisyah Wan Mahadi, 25, pula impian perkahwinannya iaitu menggunakan konsep tradisional kontemporari seperti baju songket, aksesori tradisional dan mahu berarak ketika majlis berlangsung.

“Saya lebih gemar menggunakan konsep tradisional kontemporari pada majlis perkahwinan ini bagi mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat kita agar tidak hilang ditelan zaman,” katanya yang berasal dari Shah Alam dan hadir ditemani pasangannya, Mohd Hanis Rosli, 25, Bagi pemenang hadiah sagu hati, Norza’imah Johari, 26, yang datang dari Simpang Renggam, Johor, dia mengimpikan majlis perkahwinan yang keba�nyakan barangan seperti hantaran dan bunga telur dihasilkannya sendiri.

“Saya lebih gemar menghasilkan semuanya sendiri kerana ia hari istimewa yang akan diadakan hanya sekali seumur hidup dan mungkin saya akan cuba merealisasikan impian ini pada pada majlis perkahwinan nanti.

“Selain itu, saya juga mengimpikan perarakan dengan rombongan dan pengapit seperti majlis perkahwinan yang diadakan di kampung selain mengharapkan hanya lagu cinta dimainkan sepanjang majlis berlangsung.

“Konsep perkahwinan di taman juga saya impikan memandangkan ayah gemar membuat taman. Ini lebih memudahkan kerana ia memang sudah sedia ada dan hanya memikirkan konsep yang ingin digunakan saja,” katanya yang hadir bersama pasangannya, Jaafar Othman, 26, yang membawa pulang hantaran Innershine bernilai RM300 dan bunga telur Innershine bernilai RM2,000.

Pemenang hadiah sagu hati, Mohd Sharifuddin Ahmad Fuat dari Pahang tidak dapat hadir pada majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Pengurus Pemasaran Cerebos (M) Sdn Bhd, Carmen Liew di pejabatnya baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Pengurus Produk Cerebos, Siti Noraini Nuawi, peraduan yang berakhir pada 30 April lalu menerima penyertaan menggalakkan dari seluruh Malaysia.

Pihak Cerebos memilih Aimi Liyana sebagai pemenang utama disebabkan penceritaannya yang menarik dan kreatif mengenai impian perkahwinannya.

Peraduan InnerShine-Harian Metro itu bertujuan menggalakkan pengguna untuk mengambil minuman pati Prune Plus selama 12 hari berturut-turut.

Melalui peraduan itu, pembaca dikehendaki menulis artikel mengenai impian perkahwinan mereka yang dihantar bersama bukti pembelian 12 botol InnerShine. Hanya empat pemenang dipilih bagi penyertaan menulis artikel paling kreatif iaitu penerima pemenang utama dan tiga lagi penerima hadiah sagu hati.

No comments:

Post a Comment