Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Friday, 15 July 2011

Calon Temuduga Relax Je...Bereh...




Nak buat Peringatan untuk diri sendiri dan kawan – kawan yang kali pertama menghadiri temuduga. Maklumlah masa temuduga kerja kali pertama ni ada je benda berlaku, aku sendiri pernah mengalaminya. maklumlah terkejut.. sampai aku cakap orang putih pin pun berterabur. hahaha.. masa tu aku cakap ayam kampung = chicken village.. kenangan dulu – dulu…
Okay ni beberapa panduan untuk menghadiri temuduga ye..
PERSIAPAN AWAL
Persiapan awal sebelum menghadiri temuduga :-
(a) Datang tepat pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan dengan membawa bersama surat panggilan temuduga.
(b) Sediakan satu fail khas yang mengandungi dokumen asal seperti berikut :-
– Sijil Angkatan tentera / Sijil Tamat Perkhidmatan (bagi Bekas/Pesara Tentera sahaja)
– Kad Pengenalan
– Surat Beranak
– Sijil Persekolahan termasuk sijil Berhenti Sekolah dan Keputusan Peperiksaan.
– Lesen Memandu (bagi Jawatan Pemandu sahaja)
– Sijil-sijil kemahiran / kursus yang dihadiri (jika ada)
2. SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA
Sila ambil perhatian semasa menghadiri temuduga mengenai perkara-perkara berikut :-
(a) Berpakaian kemas, berbaju lengan panjang serta berseluar panjang yang sesuai warnanya dan pakaian mestilah digosok terlebih dahulu.
(b) Kasut mestilah berkilat dan memakai sarung kaki. Kasut-kasut jenis getah seperti kasut warna putih, kasut sukan dan kasut berbelang mestilah dielakkan.
(c) Rambut hendaklah di sikat rapi dan tidak berambut panjang.
(d) Jika menyimpan misai / jambang, hendaklah dikemaskan dengan dirapi.
3. SEBELUM MEMASUKI BILIK TEMUDUGA
Sebelum memasuki bilik temuduga mestilah memastikan perkara berikut :-
(a) Sila lapor diri kepada kakitangan yang bertugas
(b) Dapatkan angka giliran atau senarai nombor temuduga.
(c) Mestilah bersiap sedia pada bila-bila masa jika nama dipanggil mestilah segera menampilkan diri.
4. MEMASUKI BILIK TEMUDUGA
Ketika memasuki bilik temuduga, pastikan perkara-perkara berikut dilakukan :-
(a) Ketuk pintu terlebih dahulu. Jika jawapan diterima ‘Sila Masuk’ barulah masuk
(b) Setelah masuk, sila tutup pintu dengan cermat dan jangan menutup pintu dengan kuat.
(c) Berikan ucapan salam ‘Assalamualaikum’ kepada panel yang beragama islam manakala Selamat Pagi / Petang bagi / kepada panel yang bukan beragama islam.
(d) ‘Sila Duduk’ bila diarahkan duduk.
(e) Duduk dengan bersopan iaitu badan ditegakkan, tangan diletakan kebawah atau ke atas paha dan kaki diluruskan kebawah. Elakkan melakukan perkara-perkara berikut :-
- Menyilang kaki semasa duduk
- Menyandar di kerusi dengan tangan menungkat dagu.
- Duduk dengan tubuh yang tidak lurus.
PERHATIAN
Elakkan dari membawa masuk perkara tidak perlu seperti sampul surat, beg, topi keledar dan sebagainya.
5. SEMASA DITEMUDUGA
Semasa ditemuduga perkara-perkara berikut mestilah dilakukan
(a) Serahkan fail yang mengandungi dokumen-dokumen asal.
(b) Bercakap dengan nada yang rendah, bersopan dan teratur.
(c) BERCAKAP DENGAN JELAS DAN TERANG(d) Bercakap setelah pihak penemuduga telah selesai berkata-kata
(e) Menjawab soalan-soalan yang dikemukan dengan jelas dan terang. Jangan menjawab secara meleret-leret atau secara berjela-jela.
(f) Jangan melakukan kesalahan-kesalahan berikut semasa ditemuduga :-
- Bercakap dengan nada yang kuat dan tidak bersopan.
- Menjawab soalan dengan air muka yang marah dan tidak bersopan.
- Bercakap dengan menggerakan tangan atau tubuh
- Menjawab soalan yang tidak ditanya oleh pihak penemuduga
- menjawab soalan secara meleret-leret
- Ketawa terlalu kuat
- Menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitive
6. SETELAH SELESAI TEMUDUGASetelah selesai temuduga dijalankan, sila lakukan perkara-perkara berikut :-
(a) Sila ucapkan terima kasih kepada pihak penemuduga
(b) Sila bangun dari tempat duduk dengan cermat dan elakkan menarik kerusi yang boleh mengeluarkan bunyi.
(c) Bergerak secara perlahan dan cermat kearah pintu dan buka serta tutup pintu dengan cermat.
7. DILUAR BILIK TEMUDUGASetelah berada di luar bilik temuduga, ambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut :-
(a) Dapatkan kembali dokumen-dokumen asal yang berkemungkinan telah diserahkan kepada kakitangan bertugas.
(b) Elakan dari berbincang dengan rakan-rakan diluar bilik temuduga.
NOTA
Untuk makluman, semua perkara yang telah dijelaskan diatas akan diberi markah mengikut susunan di bawah :-
1. Perwatakan / personaliti
2. Kelayakan
3. Percakapan dan menjawab soalan termasuk persembahan
4. Lain-lain seperti :
Pengetahuan Am, Kesopanan, Kesetiaan, Minat , Dedikasi, Sokongan dan sebagainya.
Kesemua markah yang digariskan di atas adalah mengikut keperluan dan kehendak Kementerian/Jabatan
Jadi lepas ni takdelah terkapai – kapai lagi.. kalau korang ada tips yang lebih baik.. lagi bagus.. boleh kongsi sama – sama.

2 comments:

  1. kadang2 dh prepare baik2 pun, bila masuk kelu lidah..ekekek..

    dh puluh2 intebiu dh pegi, dh perbaiki dari 1 ke 1 intebiu tapi still tak dpt keje..mayb belum rezeki..tapi dah menganggur dekat 3 tahun..macam mana tu..keke..

    ReplyDelete
  2. heheh.kita manusia..kita try yg terbaek...
    tu cuma care2 yg lain kita kena berserah pada yg esa,....hehehe

    ReplyDelete