Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Sunday, 4 March 2012

Lubuk Ikan-Laut Dalam-Pulau Perhentian-Syurga Kaki Pancing

PULAU Perhentian, Terengganu sememangnya terkenal sebagai pusat peranginan dalam dan luar negara kerana mempunyai kecantikan semula jadi dan pantai memutih bersih.

Kedamaian hakiki yang terdapat di pulau itu amat sesuai untuk seisi keluarga berehat di sana manakala Pulau Perhentian Besar dan Kecil berdekatan adalah syurga bagi kaki pancing banyak ikan karang dan pelagik yang berkeliaran antara dua pulau terbabit.

Baru-baru ini Hanif, Kapten Mi, Ah Pheng dan Jani berkesempatan memancing di perairan Terengganu itu yang kaya dengan ikan gerepoh (GT), kerapu, aruan tasik, talang, tenggiri dan pari.


Perjalanan bermula dari Pasir Mas, Kelantan menuju ke Jeti Besut, Terengganu untuk menaiki bot milik Kapten Mi yang berasal dari negeri itu.

Setibanya di situ kira-kira jam 7 pagi, catatan empat sekawan bermula dengan menaiki bot sepanjang 24’ kaki dilengkapi enjin 40 kuasa kuda menuju ke lokasi Batu Burung berhampiran Pulau Perhentian Besar dengan 40 minit perjalanan menaiki bot berkenaan.

Lubuk Batu Burung adalah lokasi pilihan yang ditandakan sebagai laluan kapal pedagang Siam dulu kala yang menjadikan Pulau Perhentian sebagai kawasan rehat sebelum bertolak pulang ke Bangkok, Thailand atau sebaliknya.
Setibanya di lokasi memancing, mereka serentak menurun besi jig 40 hingga 60 gram dengan pelbagai warna untuk dipersembahkan.

Ada yang melakukan aksi laju, perlahan, sederhana dan dangdut untuk menarik mangsa menerkam umpan besi yang dilabuhkan.

Besi jig Kapten Mi disambar ikan terlebih dulu apabila joran jigging berkekuatan PE 1-3 melengkung digasak mangsa ketika besi jig berada di pertengahan air.

Apa lagi, berhempas pulas, Kapten Mi melayan mangsa pertama beliau pada pagi itu yang membawa tali serong kira dan kanan ke tepi bot. Lebih kurang 2 minit dan ikan gerepoh bersaiz 2 kilogram(kg) dinaikkan hingga membuatkan pemancingnya senyum kepuasan.

Giliran seterusnya, Hanif yang menggunakan jig berwarna hijau kuning berbelang hitam menerima sambaran ketika melakukan aksi henjutan dangdut yang menghadiahkan ebek seberat 1.5kg kepada beliau.

Selepas tangkapan itu, ikan seakan-akan menguncikan mulut dan tidak berlengah lagi Kapten Mi yang mengemudi bot bergerak mengelilingi pulau berdekatan untuk mencuba aksi mengilat pula.

Set jigging yang ditukar kepada set mengilat melakukan kerja di tepian berbatu berhampiran pulau. Beberapa aksi ikan dipercayai GT dan talang kelihatan menghambat ikan bilis di permukaan air yang memberikan peluang cerah bertarung dengan kedua-dua spesies terbabit.

Jani yang membaling gewang permukaan air di celah kumpulan terbabit ligat mengejar anak ikan disambut pemangsa yang tidak teragak-agak menghentamnya yang disangkakan ikan bilis. Selepas 3 minit perlawanan berlangsung, ebek skala 2 kg mula timbul.

Hanif, Kapten Mi dan Ah Pheng yang melakukan balingan ke kumpulan ikan sama turut dihadiahkan talang masing-masing sekilogram. Sehingga waktu tengahari itu, empat sekawan berpesta dengan ikan talang yang terkenal melakukan aksi akrobatiknya.

Sebelum berpindah ke lokasi seterusnya, Kapten Mi yang menggunakan gewang permukaan Halco menerima habuan besar apabila aruan tasik yang berkongsi memburu ikan bilis menyambar gewang beliau. Kali ini daya juang mangsa lebih kuat dari ikan sebelumnya yang memaksa Kapten Mi mengetatkan sistem regangan kekili sehingga tahap maksimum.




Hanif dengan pantas bertukar tangan mengemudi bot dari Kapten Mi dan membawa mereka bergerak lari dari pulau untuk mengekang mangsa melakukan teknik kotor iaitu membawa lari tali ke batu karang.

Akhirnya selepas berhempas pulas kira-kira 15 minit, akhirnya aruan tasik seberat 7kg berjaya didaratkan yang menamatkan aktiviti memancing ikan hari itu.

Sebelum pulang, mereka bertiga sempat mengilat sotong mengabang di keliling pulau Perhentian Kecil untuk dijadikan lauk goreng untuk dibawa pulang nanti.

“Sesungguhnya lokasi Batu Burung, adalah lokasi memancing yang menarik untuk mereka yang gilakan aksi mengilat dan jigging ringan. Namun bacaan air pasang surut memainkan peranan untuk memperoleh hasil yang banyak,” kata Hanif

 Sumber

No comments:

Post a Comment