Tragedi Fukushima beri pengajaran, kesedaran kepada masyarakat dunia
SETAHUN selepas pelepasan kesan radioaktif di Fukushima akibat tsunami pada 11 Mac 2011, banyak perkara baru dipelajari saintis Jepun, yang mungkin tidak dapat diperoleh menerusi kajian makmal.
Mereka juga perlu merangka semula prosedur keselamatan reaktor tenaga nuklear kerana kejadian itu dianggap yang terburuk selepas Chernobyl pada 1986.
Letupan reaktor nuklear Fuku-shima Dai-ichi itu adalah kemalangan besar yang berlaku di luar jangkaan perancang atau saintis.
Malaysia bercadang mewujudkan reaktor nuklear pada 2021 dan patut mempelajari banyak perkara daripada pakar berkenaan.
Beberapa saintis dan pemimpin organisasi Jepun yang terbabit dengan pemantauan loji nuklear dalam krisis Fukushima Dai-ichi serta proses pembersihan radioaktif itu, baru-baru ini berada di Kuala Lumpur dan berkongsi pengalaman mereka dengan sekumpulan saintis di negara ini.
Mereka termasuk Profesor Yoshida Zenko dari Universiti Tokyo, yang bertugas sebagai penyelidik Agensi Tenaga Atom Jepun (JAEA).
Katanya, JAEA melakukan pemantauan radiasi dari pesawat terbang dan meneliti kesan radioaktif satu meter dari aras bumi pada radius 80 kilometer (km) dari Fukushima Dai-ichi.
Maklumat yang diperoleh dimasukkan ke dalam System for Prediction of Environment Emergency Dose Information (SPEEDI).
Kerajaan Jepun dipersalahkan kerana tidak memaklumkan dengan segera maklumat daripada SPEEDI ketika krisis itu sehingga mengakibatkan ada penduduk yang meninggalkan rumah bagi menyelamatkan diri menuju ke arah yang salah.
Yoshida berkata, berikutan pelepasan radioaktif berkenaan, 77,100 penduduk dipindahkan dari kawasan terhad, iaitu 20 km dari pusat pelepasan.
Katanya, tugas kerajaan sekarang ialah untuk membersihkan kawasan sekitar dan mencapai tahap dos radioaktif selamat agar penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing dengan selamat serta membolehkan petani memulakan kerja tanaman.
Pelbagai teknologi digunakan untuk membersihkan pencemaran pada tanah, bangunan, pokok dan air seperti lapisan atas tanah diambil setebal lima sentimeter dan dimasukkan ke dalam beg plastik.
Bagi laluan pejalan kaki atau kereta, lapisan konkrit atau asfalt (tar) setebal 0.2 milimeter (mm) hingga 2 mm dibuang dan dikumpulkan dalam beg plastik.
Padang ragut dibersihkan dengan membuang semua rumput dan dimasukkan ke dalam beg plastik.
Bumbung rumah dan permukaan lain dibersihkan dengan semburan air tekanan tinggi manakala sumber air ditapis dan sisanya dikumpulkan.
Yoshida berkata, untuk sementara semua beg plastik mengandungi sisa radioaktif itu dikumpul dan ditutup dengan plastik besar serta dikelilingi pula dengan beg mengandungi pasir.
Katanya, kerajaan Jepun baru-baru ini mengumumkan untuk membina stor simpanan sementara bagi menempatkan sisa radioaktif berkenaan selama puluhan tahun sementara menunggu teknologi penyimpanan kekal diperoleh.
Beliau berkata, cadangan kemudahan stor sementara di Futabagun dibatalkan kerana bantahan beberapa majlis perbandaran dan isu berkenaan masih belum diselesaikan oleh kerajaan.

Ini disebabkan tugas saintis nuklear ialah untuk melindungi manusia dan alam sekitar daripada kesan berbahaya radiasi ion.

No comments:
Post a Comment