Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Tuesday, 27 March 2012

Televised on national tv, this is reality tv on a whole different level. #TheHungerGamesMY

Televised on national tv, this is reality tv on a whole different level. #TheHungerGamesMY

DIGI WWWOW AWARDS 2012

DIGI WWWOW AWARDS 2012: I’ve just joined the DiGi WWWOW Awards! Check out my entry here!

Pelajar gagal SPM boleh ikuti kursus GiatMara

RAUB: Pusat GiatMara menawarkan kursus dan latihan kemahiran kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. 

Pengerusi Pusat GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata 36 jenis kursus jangka panjang dan pendek serta latihan untuk 20,000 orang dianjurkan tahun ini.
Katanya, kursus itu antaranya melibatkan bidang kimpalan, pertukangan, jurubina, mengecat, mekanik, elektrik, masakan, gunting rambut dan persolekan.
Shahiruddin berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3.2 juta pekerja mahir dan terlatih menjelang 2020. 

Katanya, peluang yang disediakan itu perlu dimanfaatkan kerana ia dapat menjamin masa depan belia daripada segi pendapatan. - BERNAMA


Sumber

Sejarah Tun Dr Mahathir Bin Mohamad PM Ke 4 Malaysia



Mahathir bin MohamadTun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 10 Julai 1925). Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'

Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak

Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire)[8].

Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia

Sumber

Sejarah Hidup Muammar Muhammad Abdul Salam Abu Minyar al-Gaddafi


Muammar Muhammad Abdul Salam Abu Minyar al-Gaddafi (Bahasa Arab: معمر محمد عبدالسلام احميد بومنيار القدافى) (Jun 1942- 20 Oktober 2011) lebih dikenali sebagai Muammar Gaddafi ialah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tidak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.
Muammar GaddafiIdeologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.
Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati. Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam. 

Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun, Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi Berber , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.
Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.
Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.
Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi berjaya dikesan di kampung asalnya di Sirte dan berjaya ditembak mati.

Sumber



 

Monday, 26 March 2012

Thai lulus beli 860,000 komputer tablet


 
Thai lulus beli 860,000 komputer tablet
BANGKOK - Kabinet Thailand kelmarin meluluskan pembelian 860,000 komputer tablet dihasilkan sebuah syarikat di China untuk kegunaan murid tahun satu di negara itu.

Menteri Maklumat, Anudith Nakornthap berharap, kontrak perjanjian dengan Syarikat Pembangunan Data Saintifik Shenzhen dapat ditandatangani segera supaya komputer tablet tersebut dapat digunakan bermula penggal baru persekolahan pada Mei depan.

Harga ditawarkan untuk setiap unit komputer sesentuh selebar tujuh inci tersebut adalah AS$102 (RM314).

Membekalkan komputer tablet kepada murid sekolah adalah janji yang diutarakan oleh Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, semasa kempen pilihan raya pada tahun lalu.

Sumber

Pahlawan serangga ditemui di Indonesia


Pahlawan serangga ditemui di Indonesia
MAKASSAR - Saintis menemukan sejenis spesies serangga bersaiz 6.4 sentimeter (cm) dan memiliki rahang lebih panjang berbanding kaki di kepulauan Sulawesi, Indonesia.

Profesor kaji serangga Universiti California, Lynn Kimsey memberitahu, para saintis sendiri bingung bagaimana penyengat itu mampu berjalan dengan membawa rahang yang begitu besar berbanding kakinya.

Kimsey berkata, pahlawan penyengat yang ditemui di pergunungan Mekongga, tenggara Sulawesi, memiliki saiz dan tahap keganasan seperti penyengat-penyengat Komodo Dragon yang lain.

“Serangga ini akan dinamakan sebagai Garuda yang melambangkan simbol kepada Indonesia dan pertama kali dijumpai. Saya tidak pernah melihat mana-mana spesies Dalara yang pelik. Malah, saintis pun tidak dapat menafsir keadaan sebenar biologi penyengat ini,” katanya.

Kimsey mengandaikan rahang pada serangga itu berfungsi sebagai perisai dan pembiakan. Bagi spesies lain, serangga jantan akan berada di pintu masuk sarang untuk menghalang parasit memusnahkan sarang mereka, sebelum mengawan bersama pasangan mereka.

Sumber

Titanoboa kembali mengganas Di Dunia


Titanoboa kembali mengganas?
FLORIDA - Ular terbesar dunia sepanjang 14.63 meter, Titanoboa, muncul kembali untuk tontonan umum.

Institusi Kaji Selidik dan Pusat Pendidikan Smithsonian, Washington merakamkan Titanoboa untuk mengupas persoalan yang sering bermain diminda para saintis.

Smithsonian Channel mempamerkan Titanoboa seberat 1,134 kilogram yang pernah menghuni Bumi 60 juta tahun lalu melalui ukiran asal di Grand Central New York.

Paleontologi, kurator Muzium dan Sejarah Asal Florida, Dr Jonathan Bloch berkata, ular vertebrata itu dipercayai menghuni kawasan hutan hujan sejak zaman Paleosen.

“Titanoboa merupakan pemangsa terbesar atas tanah selepas kepupusan dinasour bagi tempoh sekurang-kurangnya 10 juta tahun atau mungkin lebih lama, jasadnya yang hampir hancur ditemui dalam sebuah lombong di Cerrejon, Colombia bersama fosil penyu dan beberapa ekor buaya.

Sumber

Raja Lawak? Penyanyi&pelakon termasyhur? Itukah impian anda? Begitu juga dgn mereka! Undilah para peserta #bakatJoHaRa segera!

Raja Lawak? Penyanyi&pelakon termasyhur? Itukah impian anda? Begitu juga dgn mereka! Undilah para peserta #bakatJoHaRa segera!

Kawal tingkah laku anak agar tidak bertindak liar

KITA dikejutkan dengan berita kehilangan ramai remaja perempuan sejak mutakhir ini. Kehilangan ini berpunca daripada kejadian culik atau sengaja lari dari rumah atas faktor marahkan keluarga atau mengikut teman lelaki yang hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Kejadian ini seperti menggambarkan permasalahan akhlak di kalangan generasi muda hari ini agak membimbangkan. Individu yang sanggup merogol, menyeksa dan membunuh adik Nurul Nadira pada hakikatnya hanya berjasad manusia, tetapi hati dan jiwanya lebih jahat daripada binatang.
Bukan setakat mengawasi dan mengawal pergerakan mereka, ibu bapa juga perlu mengisi kehidupan berkeluarga dengan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan dengan diiringi nilai kasih sayang yang berpanjangan. Anak memerlukan perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa. Justeru, jika ibu bapa dengan sengaja atau tidak mengabaikan tugasan berat lantaran terlalu sibuk mengejar kemajuan diri dan keluarga tanpa mempedulikan anak dan menyelesaikan permasalahan yang sering melanda anak remaja, siapakah yang harus dipersalahkan?
Ramai remaja kini terbabit dalam masalah moral dan akhlak rendah dengan begitu mudah melanggar peraturan dan undang-undang negara sedia ada dengan terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah seperti merogol, membunuh, menagih dadah, mencuri, peras ugut serta menjadi ahli kongsi gelap.

Pada peringkat sekolah, menurut satu kajian yang pernah dibuat Kementerian Pelajaran pada 2004, hampir separuh kes pelanggaran disiplin yang berlaku berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri seperti sentiasa bersifat menentang, bertindak mengikut perasaan, nakal, malas dan sebagainya.

Banyak pihak sudah menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai cara atau kaedah yang perlu diambil bagi membendung permasalahan ini.

Namun begitu ada beberapa kaedah dan langkah yang diambil tidak langsung meninggalkan kesan. Kini, masyarakat semakin gusar dengan wujudnya kes culik, bunuh dan rogol di kalangan kanak-kanak bawah umur yang sedang hangat diperkatakan kini. 
Senario yang agak genting ini jika dibiarkan berterusan, pastinya akan membawa impak besar kepada pembangunan bangsa Malaysia yang sedang bangkit menuju kemajuan.

Dalam waktu kita bercakap mengenai strategi mencapai tahap negara maju seperti diimpikan dalam wawasan perdana, hakikatnya semua anggota masyarakat secara keseluruhannya turut memainkan peranan besar bagi menjana kemajuan tersebut seiringan dengan proses pembangunan rohani masyarakat, tugas ini jika ingin dilihat meninggalkan kesan yang terbaik, maka ia perlu dilakukan secara kolektif atau bersama.

Nasihat menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain 
supaya tidak tergelincir daripada landasan Islam sudah menjadi tanggungjawab setiap Muslim. Tanggungjawab itu bergantung pula kepada keupayaan diri seseorang itu apabila berada dalam kelompok manusia tertentu dan mengikut tahap keilmuan dimiliki seseorang individu.

Firman Allah yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang mengerjakan amalan salih dan nasihat menasihati agar mentaati kebenaran dan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3) 

Sesuai dengan situasi mengejar kemajuan yang begitu drastik mutakhir ini, maka amat wajar kesedaran daripada semua pihak perlu ditingkatkan memandangkan kemajuan yang dicita-citakan adalah tanggungjawab bersama. Justeru, tugas atau peranan membendung dan membanteras gejala sosial ini tentulah juga menjadi beban tanggungjawab yang harus dipikul bersama untuk menanganinya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada dinyatakan tanggungjawab setiap umat mukmin yang perlu membuat teguran dan perubahan kepada sebarang bentuk kemungkaran yang berlaku depan mata sama ada dengan lidahnya, tangannya dan jika tidak mampu juga dengan bisikan hatinya menyatakan kebencian dan kejelekan terhadap maksiat dan kemungkaran yang berlaku itu.

Sebagai ibu bapa dan penjaga kepada anak terutama yang sedang dalam usia remaja, ibu bapa memainkan peranan cukup besar menentukan hala tuju dan arah hidup mereka seharian. Pengawasan yang ketat dengan kebebasan fleksibel perlu dirangka dan dilaksanakan bagi mengelak mereka mudah terjerumus ke dalam pelbagai jenis gejala sosial yang tidak langsung mendatangkan manfaat kepada diri mereka sendiri.

Bukan setakat mengawasi dan mengawal pergerakan mereka, ibu bapa juga perlu mengisi kehidupan berkeluarga dengan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan dengan diiringi nilai kasih sayang yang berpanjangan. Anak memerlukan perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa. Justeru, jika ibu bapa dengan sengaja atau tidak mengabaikan tugasan berat lantaran terlalu sibuk mengejar kemajuan diri dan keluarga tanpa mempedulikan anak dan menyelesaikan permasalahan yang sering melanda anak remaja, siapakah yang harus dipersalahkan?

Kita bersyukur dengan beberapa tindakan dan langkah drastik yang diambil Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri untuk menyekat jenayah berat yang dikatakan banyak menyumbang ke arah gawatnya gejala sosial yang melanda negara.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, riwayat Ibnu Majah, baginda bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Allah sudah memerintahkan kamu melakukan yang makruf dan menegah perkara yang mungkar. Sebelum (sampai masanya) kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak memperkenankannya, (perintah dan tegahlah) sebelum (sampai masanya) kamu meminta pertolongan-Ku tetapi Aku tidak menolong kamu.”

Justeru itu, semua anggota masyarakat perlu sama-sama berusaha memikir dan mengambil langkah jangka panjang bagi membendung dan membanterasnya. Allah Taala sudah berpesan dalam kitab suci Al-Quran supaya semua manusia bersatu padu dalam melakukan apa jua bentuk kebaikan untuk kesejahteraan bersama dan jangan sekali-kali bersatu melakukan sesuatu yang boleh membawa ke arah dosa dan kerosakan. (maksud ayat 2, surah al-Maidah)


Sumber

Suu Kyi sakit, batal kempen

Doktor peribadi nasihat berehat selepas lakukan perjalanan jauh

MYEIK: Masalah kesihatan memaksa ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, membatalkan kempennya, kata partinya semalam, seminggu sebelum pilihan raya kecil berlangsung dan dilihat sebagai ujian utama pembaharuan yang dijalankan rejim. 

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu, yang bertanding untuk kerusi Parlimen pada pilihan raya kecil 1 April ini, diarahkan berehat oleh doktor peribadinya selepas jatuh sakit di bandar Myeik di selatan Myanmar.

Bagaimanapun, beliau meneruskannya dengan perhimpunan akhir di kawasan terpencil itu semalam, disambut berpuluh ribu rakyat ketika menggesa penyokong mengundi parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinannya.
“Saya cuba untuk kekal sihat. Rakyat memberi galakan kepada saya,” katanya kepada orang ramai sambil meminta maaf kerana cuma memberi ucapan pendek sebelum bergegas menaiki pesawat kembali ke Yangon. 

Timbalan pegawai penerangan NLD, Kyi Toe, berkata kesihatan Suu Kyi semakin merosot ketika berkempen. 

“Menurut nasihat doktor keluarganya, Tin Myo Win, Suu Kyi akan berehat di rumah. Dia tidak akan membuat lawatan jarak jauh lagi,” katanya kepada AFP. 

Kenyataan daripada NLD mengesahkan keputusan untuk membatalkan lawatan kempen akhir hari ini dan esok ke Magway, di tengah Myanmar, tempat lahir bapanya. 
Suu Kyi yang jelas kelihatan letih pernah jatuh sakit ketika mengikuti jadual padat menghadiri perhimpunan dan memberi ucapan di seluruh negara. 

Kesihatan pemimpin demokrasi itu menjadi sumber kebimbangan berpuluh ribu penyokong yang hadir untuk melihatnya pada hampir setiap pentas kempen. 

Suu Kyi jatuh sakit kelmarin, selepas bot yang dinaikinya terperangkap dalam beting pasir selama beberapa jam ketika lawatan, kata Tin Myo Win, kepada AFP awal semalam. 

“Beliau keletihan kerana berada di dalam bot untuk jangka masa lama,” katanya sambil menambah Suu Kyi mengalami tekanan darah rendah dan muntah. 

Pilihan raya minggu depan adalah yang pertama boleh ditandingi Suu Kyi di negara yang diperintah tentera sejak beberapa dekad. Beliau bertanding untuk kerusi Kawhmu berhampiran Yangon. – AFP


#ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past 6 months! Were you apart of it? If you weren't, start today!

#ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past 6 months! Were you apart of it? If you weren't, start today!

Sunday, 25 March 2012

Yahudi Bangsa Yang Paling Angkuh

ABDULLAH bin Salam atau nama sebenarnya Hushain bin Salam bin Harits, pemimpin Yahudi di Madinah membuat pendedahan kepada Rasulullah SAW siapakah sebenarnya kaum Yahudi itu. Katanya: “Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam, mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenai aku.”

Maka Rasulullah SAW menyembunyikan Abdullah Salam lantas menghantar orang untuk memanggil golongan Yahudi yang kemudiannya menemui Baginda. Rasulullah bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kalian?” Jawab mereka: “Dia terbaik daripada kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin, anak pemimpin kami. Ulama, anak ulama kami”.
Rasulullah SAW bertanya mereka lagi: “Jika dia menganut Islam kalian akan turut menyertainya (menganut Islam)?” Jawab mereka: “Tuhan lindunginya daripada perkara berkenaan.”
Rasulullah kemudian meminta Abdullah bin Salam keluar memberitahu kumpulan Yahudi itu. Abdullah keluar dan menyatakan dengan penuh yakin: “Aku menyaksikan tiada Ilah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Lantas golongan Yahudi berkata: “Dialah orang paling jahat dalam kalangan kami, anak orang paling jahat. Orang paling jahil dalam kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam kepada Rasulullah: “Aku sudah beritahu wahai Rasulullah, Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).

Pendedahan itu memudahkan kita untuk mengenal siapa Yahudi yang begitu kontroversi kepada sebilangan kita hari ini. Memang tidak dinafikan bangsa Yahudi asalnya daripada keturunan mulia apabila dikaitkan dengan Nabi dan Rasul yang dibangkitkan dalam kalangan mereka, namun kemuliaan itu hancur disebabkan tindakan mereka sendiri.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombong diri dengan kesombongan yang besar.” (Surah Al- Isra’, ayat 4)
Bangsa Yahudi ini terkenal dengan keangkuhan dan kebiadapannya. Mereka menganggap bangsa lain setaraf haiwan, malah ada di kalangan mereka yang menganggap lebih teruk daripada itu. Bangsa Yahudi sangat menyanjungi kitab suci mereka, hanya mereka satu-satunya bangsa dipilih untuk menguasai dunia. Dalam catatan kitabnya menyebut: “Hanya bangsa Yahudi adalah manusia, sedangkan bangsa lain bukan manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

Mereka percaya Tuhan memilih mereka sebagai satu-satunya bangsa yang berhak memerintah dunia ini. Manifestasi itu membawa mereka kepada kesombongan yang tinggi sehingga sanggup bersumpah memerangi agama dan bangsa lain. Pegangan mereka adalah kitab Talmud, manakala kitab lain dianggap pembohong.

Halal bagi mereka membunuh bangsa lain khususnya Muslim. Malah dituntut, tidak menjadi kesalahan jika pembunuhan itu dilakukan mereka. Lebih jahat daripada itu mereka sanggup membunuh nabi dan rasul. Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dibunuh kejam.

Hakikat sebenarnya menunjukkan jumlah mereka di atas muka bumi ini tidak ramai, hanya seorang bagi setiap 100 Muslim. Keseluruhan mereka berjumlah 14 juta saja, iaitu tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Sebahagian besarnya berada di Asia Barat dan Eropah termasuk di Israel, Amerika Syarikat, Rusisa (negara Kesatuan Soviet), Poland, Kanada, Jerman, Perancis, England, Sepanyol, Amerika Latin dan Iraq.

Ethnik mereka terdiri daripada Ashkenaz, Sephard, Mizrah dan orang Samaria. Bahasa pertuturan mereka ialah Ibrani, Yiddish, Ladino, Dzhidi Judeo-Aram, Judeo-Arab Juhuri, Krymchak, Karaim, Knaanik, Judeo-Parsi, Yevanik dan Zarphatik, manakala gerakan politik mereka ialah Zionisme Buruh, Zionisme Am, Zionisme Keagamaan, Zionisme Revisionis, Bund dan Kibbutzim. Zionisme ialah ideologi dirumuskan Dr Theodore Hertzl pada akhir abad ke-19. Tujuannya menghimpun seluruh etnik Yahudi yang berselerak.

Bermula penghijrahan beramai-ramai Yahudi ke Palestin pada 1882 dan sehingga 1903, sekitar 20,000 sudah berada di Palestin. Selepas mencapai kemerdekaan dari British pada Oktober 1917, Balfour berjanji kepada orang Yahudi pada 2 November 1917 untuk membina negara Yahudi di Palestin.

Ketika peperangan pada 1948, jumlah penduduk Palestin dua juta berbanding Yahudi 650,000, nisbah 69 peratus penduduk asal dengan 31 peratus pendatang haram Yahudi. Pertambahan berlaku disebabkan kemasukan tentera keamanan di bawah kawalan British ketika perang ini.

Sumber

Saturday, 24 March 2012

With up to 70% off at #lovesoni @hishopmy now, it’s heaven for jewellery-lovers!

With up to 70% off at #lovesoni @hishopmy now, it’s heaven for jewellery-lovers!

You’ll love the wide range of colours #OPI has, grab some at the @hishopmy sale of up to 25% off!

You’ll love the wide range of colours #OPI has, grab some at the @hishopmy sale of up to 25% off!

Put a splash of colour in your outfit with #Dupe flipflops for 30% off at @hishopmy!

Put a splash of colour in your outfit with #Dupe flipflops for 30% off at @hishopmy!

Get stylish and affordable wallets, clutches and purses for 60% off at @hishopmy #Renoma!

Get stylish and affordable wallets, clutches and purses for 60% off at @hishopmy #Renoma!

Combine the tea's natural flavours with fruity funky flavours at #CoolBlog. Get 3 for only RM7.50!

Combine the tea's natural flavours with fruity funky flavours at #CoolBlog. Get 3 for only RM7.50!

Now you can earn rewards by sharing through Facebook & Twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Now you can earn rewards by sharing through Facebook & Twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

45,000 budak hidap Disleksia Mereka Bukan OKU

JOHOR BAHRU: Kira-kira 50 peratus daripada lebih 90,000 kanak-kanak negara ini yang menghidapi masalah pembelajaran sejak usia lima hingga enam tahun berpunca daripada masalah Disleksia.

Perangkaan diterima Persatuan Disleksia Malaysia daripada Kementerian Pelajaran mendapati nisbah menunjukkan lima daripada 100 orang kanak-kanak berpotensi mengalami keadaan itu dan ia amat membimbangkan
Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata pihaknya kini dalam usaha merancang bersama kementerian bagi mewujudkan satu program khusus untuk kanak-kanak yang menghidap Disleksia supaya ditempatkan dalam kelas khas dan diajar guru khas.

Katanya, kebanyakan sekolah tidak dapat mengesan penghidap Disleksia selagi kanak-kanak itu belum menjalani pemeriksaan, justeru mereka cenderung meletakkan mereka dalam kelas pendidikan khas dengan alasan mengalami kesukaran dalam pembelajaran.

“Program dalam pendidikan khas kurang sesuai untuk penghidap Disleksia, sebaliknya mereka memerlukan program dan kaedah pembelajaran khusus bagi mengatasi masalah ini,” katanya ketika merasmikan Pusat Persatuan Dyslexia Malaysia kesembilan di Taman Melodies, dekat sini, semalam.

Difahamkan, ada sesetengah sekolah memberi kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada pelajar Disleksia, sedangkan mereka bukan mengalami penyakit yang kronik, tetapi hanya keadaan mereka yang sukar mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bertutur.

Sumber