Nani is a happy-go-lucky 21-year-old girl who has a special pet turtle called Nico. Nico is a Green Crown Sea Turtle but what makes him different from other pets is that he has the ability to talk to humans if he chooses to do so. Nani moves in with her younger brother, Amin, and she falls for the musician next door, Adam. Disturbed by the sparks of love between the two, Nico does everything in his power to destroy Adam's efforts to woo Nani. Things get more complicated as Nico's pet shop supervisor, Fadzly, tries to get close to Nani with an ulterior motive of stealing Nico and selling him to an exotic food restaurant.
Download Part 1 http://adfoc.us/276763884941 Part 2 http://adfoc.us/276763977325
SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu menerima keputusan SPM, semalam.
Gred Purata Nasional (GPN) capai 5.04 tahun lalu
PUTRAJAYA: Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan 559 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang Tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, berkata indeks keseluruhan GPN tahun lalu mencapai 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya Beliau berkata, daripada 559 calon yang mendapat Gred Cemerlang Tertinggi, 506 adalah calon Sekolah Kementerian Pelajaran yang meningkat sebanyak 143 calon, berbanding 363 pada 2010.
Katanya, 53 lagi calon adalah daripada sekolah lain yang turut meningkat berbanding 40 calon pada 2010.
“Bagi prestasi mengikut mata pelajaran teras dan lokasi, pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tidak menunjukkan perbezaan yang ketara, tetapi pencapaian subjek Sains lebih baik berbanding calon bandar.
“Bagaimanapun, usaha perlu dipertingkatkan untuk merapatkan jurang dengan calon bandar bagi subjek Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral,” katanya ketika mengumumkan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2011, di sini, semalam.
Mengikut kaedah yang diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan, semakin kecil nilai GPN, lebih cemerlang pencapaian keputusan keseluruhan. Sebanyak 468,808 calon mendaftar untuk menduduki SPM pada 2011, berbanding 467,970 pada 2010 di sebanyak 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 412,028 adalah calon sekolah kementerian, manakala 7,155 calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera.
Baki 7,925 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 12,487 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat serta sekolah swasta dan 29,213 calon persendirian.
Mengenai pencapaian sekolah, beliau berkata, ia dinilai berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan 80 sekolah mencapai Cemerlang, 400 Baik, 1,679 Memuaskan dan 49 tahap Berpotensi.
Katanya, prestasi mata pelajaran yang dinilai menerusi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) pula meningkat 63 daripada 112 mata pelajaran berdasarkan penilaian empat kategori iaitu cemerlang, kepujian, lulus dan gagal.
Selain itu, seramai 343 daripada 662 calon berkeperluan khas berjaya mendapat sijil berbanding 319 pada 2010.
Tujuh calon iaitu tiga calon rabun, seorang cacat pendengaran dan tiga calon kecacatan lain berjaya meraih gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
LOS ANGELES: Rumah agam mewah milik raja pop dunia, Michael Jackson yang menghembus nafas terakhirnya di situ, kini dijual pada harga AS$23.9 juta (RM71.7 juta) dengan seorang selebriti terkenal berminat membelinya.
Laman web selebriti, TMZ dan ejen hartanah berkata, rumah agam berkenaan mempunyai tujuh bilik tidur, 13 bilik mandi dengan konsep kediaman ala reka bentuk Perancis serta dilengkapi panggung teater, gim, spa dan kolam renang. “Hartanah ini menawarkan kehidupan glamor, bergaya dan serba mewah," kata laman web itu.
Kediaman Jacko itu dibina pada 2002 di Daerah Holmby Hills di barat Los Angeles yang berkeluasan 1,580 meter persegi untuk ruang tamu selain 0.5 hektar lagi untuk lanskap.
TMZ melaporkan, kediaman itu mula dijual Isnin lalu dan seorang selebriti terkenal bersedia untuk melawat hartanah itu, esok.
Sementara itu, ejen hartanah Mauricio Umansky dari Beverly Hills, berkata pihaknya hanya akan berurusan dengan pembeli yang berminat sahaja dan mempunyai kelayakan terutama dari segi kewangan.
Raja pop dunia itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009 ketika berusia 50 tahun di rumah agam berkenaan. - AFP
JERANTUT: Gadis yang tidak pulang ke rumahnya di Taman Koperasi di sini, sejak Isnin lalu, menghantar teks pesanan ringkas (SMS) kepada ibunya kelmarin, memaklumkan beliau selamat tetapi keluarganya masih gagal menghubungi telefon bimbit gadis terbabit.
Nor Nabilah Mat Yaacob,15, dikatakan keluar rumah untuk membeli kad tambah nilai prabayar telefon bimbitnya dan ke rumah seorang rakannya jam 8.15 malam tetapi tidak pulang ke rumah selepas itu. Susulan itu, mereka membuat laporan polis berhubung kehilangan gadis terbabit pada jam 3 pagi, Selasa lalu.
Ibunya, Norazlina Osman berkata, sebelum kehilangannya, mereka mempelawa Nor Nabilah mengikut keluarga ke bandar Jerantut bagi menyaksikan kakaknya, Farah Syahirah, 17, berlatih menari tetapi dia enggan dengan alasan mahu membeli kad tambah nilai.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail berkata, polis melancarkan operasi mengesan gadis itu dengan mengedarkan gambar dan mereka yang mengetahui mengenainya diminta menghubungi polis Jerantut di talian 09-2662222 atau keluarganya di talian 013-9742605.
BAYI yang ditemui jemaah Masjid Kampung Lamir, Pekan, subuh semalam.
PEKAN: Seorang jemaah yang baru hendak melangkah masuk ke dalam masjid awal pagi semalam, terkejut mendengar tangisan bayi yang diselimuti kain pelikat ditinggalkan di tepi pintu masjid Kampung Lamir di sini.
Khasli Mohd Razali, 48, berkata beliau menemui bayi lelaki berkenaan bersama botol susu, beg plastik berisi lampin pakai buang, sekotak susu dan pakaian di sisinya. Bimbang keselamatan bayi itu, beliau memanggil penduduk yang tinggal bersebelahan masjid untuk melihatnya sebelum imam masjid menghubungi polis.
Katanya, terdapat kesan gigitan nyamuk pada muka bayi berkenaan yang mungkin ditinggalkan di situ antara dua hingga tiga jam.
“Mungkin kerana lapar, bayi itu menangis yang turut didengari seorang penduduk yang tinggal hampir dengan masjid berkenaan.
“Perbuatan meninggalkan bayi yang tidak berdosa ini suatu tindakan tidak berperikemanusiaan,” katanya yang bertugas dengan syarikat membuat kenderaan di Peramu Jaya, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, bayi seberat 2.9 kilogram dan dipercayai keturunan Melayu kini ditempatkan di Hospital Pekan untuk rawatan lanjut. Katanya, orang ramai yang melihat atau ada maklumat mengenai pembuangan bayi itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya. Yahaya berkata, kejadian itu adalah yang pertama tahun ini membabitkan kes meninggalkan bayi di daerah ini, kes sama pernah berlaku dua tahun lalu.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah menghantar surat tawaran secara berperingkat kepada 7,000 pemohon jawatan sektor awam yang berjaya dalam temu duga bagi gred 17 hingga 41, selepas pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 8 Mac lalu.
Pelantikan kepada pemohon yang berjaya dalam temu duga bagi gred 17 hingga 41 sebelum ini ditangguhkan kerana kontroversi skim berkenaan. Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo, berkata penyelesaian itu dilakukan sebaik saja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembatalan SBPA.
“Selepas kerajaan membatalkan SBPA pada 8 Mac lalu, kita mengeluarkan surat tawaran pelantikan kepada pegawai berkenaan secara berperingkat bagi membolehkan mereka melapor diri kepada jabatan masing-masing.
“Pada masa sama, SPA juga sedia menerima dan memproses permohonan baru daripada orang ramai bagi mengisi kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan terbabit,” katanya selepas memperkenalkan barisan pemain Pasukan SPA FC yang akan menentang Kelantan dalam suku akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Beliau yang juga Presiden SPA FC berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pembatalan SBPA dan digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan menjejaskan proses pelantikan baru penjawat awam di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan ketika ini. Turut hadir, Timbalan Presiden SPA FC merangkap Timbalan Setiausaha SPA, Datuk Ramli Juhari dan Ketua Jurulatih SPA FC, Nidzam Jamil.
Semua permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan dibuat secara dalam talian menggunakan borang pendaftaran pekerjaan di sektor awam menerusi laman web rasmi SPA.
Bagaimanapun, selepas kerajaan memperkenalkan SBPA, pelantikan baru ke sektor awam ditangguhkan sementara.
AHMAD Fajrul Adha Mohammad Kamil, 18, (dua dari kanan), pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu, Pasir Mas, yang juga penghidap penyakit tulang rapuh, berkongsi kegembiraan bersama rakan selepas memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) melihat keputusan 5A+, 3A dan 1A- yang diperoleh Mohamad Azali Mohd Alwai pada Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, hari ini. Seramai 559 calon SPM 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada 2010.
Selain dari hadir ke sekolah untuk dapatkan keputusan SPM masing-masing, calon SPM 2011 boleh juga menyemak keputusan SPM mereka melalui SMS. Cara-caranya :
Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
PUTRAJAYA: Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A) bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata demikian pada majlis pengumuman Pembentangan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, di sini sebentar tadi.
Badrul seorang tukang kasut mula jatuh cinta dengan Lola seorang wanita yang kasar. Namun, Lola tidak membalas cinta Badrul. Loli pula seorang wanita yang feminin pula jatuh cinta dengan Badrul.[Pelakon : Remy Ishak, Ayu Raudhah, Zarina Zainoordin, Liza Abdullah, Fathil Dani
Download Part 1: http://adf.ly/6UUL9 Part 2: http://adf.ly/6UUS2
BACHOK- Ibu mana yang tidak tersentuh bila melihat anak kandung yang dilahirkan tidak seperti kanak-kanak lain yang melalui hidup secara normal.
Namun, bagi bagi Asliza Omar,30,keganjilan tubuh anaknya, Nurul Afida Razi,3, yang berbulu diseluruhi badan tidak pernah membuatkan dia merasa rendah diri.
Menurut Asliza,bulu yang ada pada tubuh anak bongsu dari tiga adik-beradik wujud sejak dilahirkan dan menyebabkan dia mempunyai kad kanak-kanak kurang upaya(OKU).
“Sejak lahir lagi, bulu lebat di badan Nurul, namun dia tiada masalah kesihatan melainkan agak lambat bercakap.
“Saya telah merujuk Nurul Afida ke hospital dan setiap enam bulan dia akan dibawa untuk pemeriksaan. Ujian darah telah diambil dan menunggu keputusan daripada pihak hospital,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah di Kampung Changgong,semalam.
Asliza berkata, kali pertama sampel darah Nurul Afida diambil ketika berusia dua bulan, namun setelah dua tahun menunggu keputusan,pihak hospital memaklumkan sampel darah anaknya itu hilang.
Oleh itu katanya, dia membawa Nurul Afida kembali ke hospital terbabit pada 3 Julai 2011 dan temu janji terbarunya pada 9 April nanti.
Asliza berkata, dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan itu boleh berlaku terhadap Nurul Afida, namun tidak kekok untuk membawa anaknya itu ke mana-mana majlis.
Dua lagi adik beradik Nurul Afida, Mohd Zulkifli Hanif,8, dan Nurul Aimi,7 normal dan tidak mengalami kesihatan.
Menceritakan keadaannya, Asliza berkata, dia tidak pernah mengalami kejadian yang pelik semasa mengandungkan Nurul Afida, namun mengakui pernah melihat lembaga semasa berada di pantai.
“Sebulan sebelum saya hamil, beberapa minit sebelum Maghrib, saya bersiar-siar di pantai dan tiba-tiba terlihat satu lembaga seperti seekor kambing yang datang dari arah laut.
“Ia berwarna hitam dan berbulu, saya tidak terkejut atau menegur makhluk itu dan menganggap ia biasa sahaja. Beberapa minggu selepas itulah baru saya hamilkan Nurul Afida,” katanya.
Bagaimanapun, Asliza berkata, keadaan Nurul Afida tidak seteruk yang dihidapi beberapa kes sama yang berlaku di dunia, sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Menurutnya, bulu yang tumbuh pada badan Nurul Afida hanya kelihatan lebat, namun tidak menjejaskan saluran pernafasan atau penglihatannya.
Azliza berkata, dia dan suaminya, Razi Mohd Nor,37 yang bekerja sebagai nelayan reda dengan ketentuan tuhan dan mengharapkan anak itu kembali normal setelah mendapat rawatan dari pihak hospital.
Dalam pada itu, ketika dihubungi,Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ) akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat. Kejadian di dunia
Untuk rekod kanak-kanak perempuan di Thailand, Supatra Sasuphan,12, berbulu di seluruh badan dipercayai mengidap Sindrom Ambras itu sejenis penyakit akibat genetik kromosom. Mengikut rekod hanya 50 individu di dunia pernah mengidapnya.
Manakala,di Mumbai, India, tiga gadis Aavita,23, Monisha,18, dan Savitri,18, berdepan kemungkinan menjadi anak dara tua akibat pertumbuhan bulu tidak terkawal akibat penyakit Hypertrichosis Universalis.
Mengikut nisbah, penyakit itu dihidap seorang daripada satu bilion penduduk dunia.
KUANTAN - Seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lepas dipercayai selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya.
Menurut ibu remaja berkenaan, Nor Mala Mohd Lazin, 34, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan anaknya itu kini berada di rumah ibu angkat kawan anaknya itu.
"Saya mendapat panggilan telefon pada kira-kira 2 pagi dan meminta saya dan keluarganya usah bimbang. Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.
"Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.
"Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi," katanya.
Ketua Polis Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis. - Bernama
SEOUL: Seorang lelaki ditahan kerana bertindak memotong dan menelan puting payu dara isterinya selepas wanita berkenaan menuntut cerai, kata polis semalam.
Akhbar Korean Times melaporkan warga Korea berketurunan Cina itu menelan sebahagian puting payu dara sebelah kiri isterinya selepas memotongnya menggunakan pisau ketika bergelut dengannya di rumah mereka di Andong, wilayah Gyeongsang utara.
Menurut polis Andong, lelaki berusia 48 tahun itu berada dalam keadaan mabuk ketika bergaduh dengan isterinya yang juga warga Korea Utara yang berpaling tadah, awal pagi Khamis.
Mangsa meminta untuk berpisah dengan suaminya dan menuduh suaminya hanya bekerja sambilan serta mempunyai tabiat suka minum arak, sebelum menyerangnya.
Lelaki berkenaan melakukan jenayah terbabit selepas menolak isterinya di atas lantai.
Wanita terbabit kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Agensi.
Rasulullah SAW membaca mengulang-ngulang doa taubat dibawah ini 100 kali. Bacalah
doa istigfar seperti dibawah ini setiap saat, di majlis, habis sholat, baik dalam keadaan
berdiri, duduk maupun berbaring.
» ﻢﻴﺣﺮﻟا ّباﻮﺘﻟا ﺖﻧَأ ﻚﱠﻧِإ ،ﱠﻲﻠﻋ ْﺐُﺗو ،ﻲﻨﻤﺣراو ،ﻲﻟ ْﺮِﻔْﻏا ﱠﻢُﻬﱠﻠﻟا ،
وأ : رﻮﻔﻏ باﻮﺗ ﻚﻧِإ « . . ﺪﻤﺣأ مﺎﻣﻹا ﺪﻨﺴﻣ
Atau (Robbi diganti Allahumma)
ALLAHUMMAGFIRLIE WAR HAMNIE WA TUB ‘ALAYYA INNAKA ANTAT
TAWWABUR ROHIEM , atau INNAKA TAWWAABUN GAFUUR.
Ya Allah ampunilah dan sayangilah aku dan terimalah taubatku , sesungguhnya Engkau
Maha penerima Taubat dan Maha Peny ayang, atau sesungguhnya Engkau Maha
penerima Taubat dan Maha Pengampun
ا َﺖْﻧَأ َﻚﱠﻧِإ ﱠﻲَﻠَﻋ ْﺐُﺗَو ﻲِﻟ ْﺮِﻔْﻏا ﱢبَر ُﻢﻴِﺣﱠﺮﻟا ُباﱠﻮﱠﺘﻟ «. دوواد ﻲﺑأ ﻦﻨﺳ
Atau
ROBBIG FIRLIE WA TUB ‘ALAYYA INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIEM
Ya Tuhan ampunilah dan sayangilah aku dan terimalah taubatku , sesungguhnya Engkau
Maha penerima Taubat dan Maha Penyayang
2
Penghulu Taubat (Sayyidul istigfar)
ALLAHUMMA ANTA ROBBIE LAA ILAAHA ILLA ANTA
KHOLAQTANIE WA ANAA ‘ABDUK A WA ANAA ‘ALAA ‘AHDIKA
WA WA’DIKA MAS TATHO’TU, A’UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA
SHONA’TU ABUU-U LAKA BINI’MATIKA ‘ALAYYA, WA ABUU-U
BIDZANBIE FAGFIRLIE INNAHU LAA YAGFIRUD DZUNUUBA
ILLA ANTA.
Ya Allah Engkau Tuhanku, tidak ada tuhan selain Engkau , Engkaulah yang
menjadikan aku , dan aku adalah hamba-Mu , aku akan selalu menepati janji-Mu
sekemampuan-Ku, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku
kembali kepada-Mu dengan nikmat yang telah Engkau berikan. Aku kembali kepada-Mu dengan dosa, maka mapunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang bisa
mengampuni dosa kecuali Engkau.
Penjelasan:
Rasulullah SAW bersabda bahwa lafadz tersebut diatas adalah penghulu dari semua
lafadz-lafadz tubat, menurut riwayat Syiddad ra bahwa Rasulullah SAW mengatakan
bahwa barang siapa yang mengucapakannya pada sore hari dan meninggal malam
harinya, maka ia masuk dalam surga dan barang siapa yang mengucapkannya pagi hari
dan meninggal siang harinya, maka ia masuk surga. (hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari,
Nasai, Tirmidizi, Abu Daud, Ibnu Hibban, Alhakim dan linnya.)