KUALA LUMPUR - Pelajar Muhammad Ashraff Haziq, 21, yang diserang sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan di London, masih trauma akibat dirompak dan ditinggalkan di tepi jalan selepas diserang, kata bapanya yang juga pesara tentera, Rossli Harun.
Rossli, 50, berkata rompakan di timur London meninggalkan kesan psikologi ke atas anaknya, menurut akhbar The Mailyang diterbitkan pada Ahad.
"Sekarang, apabila dia melihat sekumpulan orang ramai datang ke arahnya di jalanan, dia akan melintas jalan itu dan berjalan di sisi lain. Beliau masih terkesan akibat kejadian itu dan saya tidak tahu berapa lama keadaan itu akan berterusan. Mungkin untuk satu tempoh yang lama," kata Rossli yang ditemu bual bersama isterinya, Maznah Abu Mansor, seorang guru sekolah rendah, oleh wartawan Simon Parry di sini.
Rossli berkata: "Budak yang serang anak saya masih muda, baru 17 tahun. Tapi dia tidak bersekolah, tidak bekerja dan mendapat wang kerajaan.
"Sistem di Britain menjadikan manusia malas. Di Malaysia, jika kamu mahu mendapatkan wang, kamu kena bekerja. Dan jika mahu mendapatkan wang lebih, kamu
perlu belajar bersungguh-sungguh.
perlu belajar bersungguh-sungguh.
"Di Britain, mereka yang bekerja membayar cukai dan wang itu pergi kepada orang yang tidak bekerja. Saya tak faham."
Rakaman video pengalaman pahit Ashraff – dirakamkan melalui telefon bimbit seorang saksi – menjadi tumpuan global apabila YouTube memaparkan kejadian
malang menimpa pelajar Malaysia dalam bidang perakaunan itu yang diserang perusuh ketika berbasikal bersama seorang rakannya di Barking, timur London,
iaitu satu daripada tempat berlaku kekacauan, untuk berbuka puasa, dalam keadaan berlumuran darah selepas ditumbuk menyebabkan rahangnya patah dan kemudian
mencuri basikal dan alat permainannya yang berharga £500.

Jumaat lepas, John Kafunda, 22, dari Ilford, dan Reece Donovan, dari Romford, disabitkan kesalahan di Wood Green Crown Court kerana gangguan ganas, rompakan dan kemudiannya menyamun sebuah stor Tesco. Pada awal perbicaraan, Beau Isagba, 17, didapati bersalah kerana menumbuk dan mematahkan rahang Ashraf
semasa mencuri basikal.
semasa mencuri basikal.
Berikutan serangan pada 8 Ogos, ibu bapa Ashraff dibawa melawat sekitar London oleh beberapa Anggota Parlimen dan orang kenamaan. Pengalaman mereka
meyakinkan mereka bahawa Britain pada asasnya adalah sebuah negara yang mesra dan sopan - tetapi juga memberi gambaran membimbangkan bahawa api kekacauan
mungkin akan tercetus oleh satu sistem yang terlalu memanjakan mereka yang suka menimbulkan kekacauan dan malas bekerja, Parry menulis.

"Sistem sedemikian tidak baik,’ kata Rossli, yang hanya pernah melawat Bosnia semasa bertugas pada tahun 1990an sebelum lawatan ke London.
"Saya percaya jika kamu secara fizikalnya sihat, jika tak ada apa-apa kekurangan, kamu patut bekerja. Mereka tidak patut beri wang kepada orang yang boleh bekerja tetapi tidak mahu bekerja.
"Kamu hanya patut beri wang itu kepada orang yang sepatutnya dapat - mereka yang kurang upaya, orang sakit, orang yang dalam kesusahan. Tapi bukan kepada
orang yang sihat dan boleh bekerja, tapi memilih tak mahu bekerja. Dan beliau amat kritikal mengenai polis London dalam tindakan atau kelemahan
mereka semasa rusuhan London dengan menyatakan bahawa polis di Malaysia akan mengambil tindakan lebih awal.

"Apabila sesuatu kejadian seperti ini berlaku, mereka (kerajaan Malaysia) ambil tindakan. Mereka tidak biarkan ia di luar kawalan. Jalan-jalan (di
Malaysia) adalah selamat," katanya.
Malaysia) adalah selamat," katanya.
Datuk kepada Ashraff, Abu Mansor Mohammad Noh, 79, berkata beliau percaya cucunya akan tinggal di UK.
"Saya masih berpendapat England adalah satu tempat yang bagus dan saya bangga cucu saya berpeluang belajar di sana. Beliau merupakan orang pertama
dalam keluarga saya menuntut di luar negara," katanya.
dalam keluarga saya menuntut di luar negara," katanya.
"Apa yang berlaku kepada Ashraff tidak membuatkan saya berfikir yang buruk terhadap Britain. Ia hanya orang-orang tertentu yang melakukan perkara sedemikian. Saya percaya kebanyakan orang di Britain amat baik." - Bernama