Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Friday, 30 March 2012

Bunohan Full Movie Download-Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wan Hanafisu, Hushairy Hussin, Amerul Affendi, Jimmy Lor, Tengku Azura



Bunohan" is both a village in backwater Malaysia and also a Malay word for "murder", and as it were, it is a story that opens with a vicious Muay Thai fight-to-the-death in Thailand, in which the badly outclassed Adil (Zahril Adzim) is rescued by his best friend Muski (Amerul Affendi). However, because he's betrayed the terms of the match, Adil has to flee Thailand, and hot on his heels is hired killer Ilham (Faizal Hussein), who's been hired by the crooked promoter Jokol (Hushairy Hussin) to kill Adil. Ilham left home as a youth, so he doesn't realize that he and Adil actually are half-brothers. The chase takes the two men back to their village of Bunohan, where coincidentally, Bakar (Pekin Ibrahim), who is Adil's older brother, also returns in order to look after their ailing father. Unbeknownst to them, Bakar has much darker motives than that of a dutiful son. What fates await the three men back home, when in Bunohan; home is where the heart breaks.


Download 


Part 1 http://adfoc.us/276764156896

Part 2 http://adfoc.us/276764157050

Full Movie Download 7 petala Cinta-Diana Amir- Aeril Zafril, Shima Anuar, Epy Raja Lawak, Diana Amir, Fizo Omar dan Zalif Sidek.





Hamka is a graduate from University Al-Azhar who is engaged to the daughter of his teacher, Saidatul Nafisah, before migrating to Yemen to further his studies. However, in actuality, Hamka just wants to finish writing the whole al-Quran by hand in order to present it as his future wedding gift. Not long after Hamka left for Yemen, a political conflict and a war between Yemen rulers break out, and soon, his family receives reports that Hamka is dead. Despite that, her fiancee, Nafisah continues to wait patiently for Hamka's return, while Attar, a man who longs harboured feelings for Nafisah, begins to approach her. This is the story of one woman's dedication and love to her man that withstands all obstacles."


Download
part 1 http://adfoc.us/276763977326
part 2 http://adfoc.us/276764156895

Wednesday, 28 March 2012

Penyalahgunaan Dadah Di kalangan Remaja


Apa itu dadah?
  • Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan.
  • Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor.
  • Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda. Dadah/bahan tersebut termasuk :
  • Alkohol dan tembakau
  • Ubat tidur
  • Ganja
  • Gam
  • Ekstasi
  • LSD
  • Heroin

Bila seseorang itu di anggap menyalahgunakan dadah?
Menyalahgunakan dadah bermaksud menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan.
 
Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan dadah?
Ketagihan ialah satu keadaan bila seseorang bergantung kepada dadah untuk membolehkannya melakukan aktiviti harian dan mengelakkan dari mengalami kegianan.
 
Apakah itu gian?
Gian adalah gejala yang dialami oleh penagih dadah kerana tindakbalas samada mengurangkan keperluan dadah dari kebiasaan atau ingin berhenti terus dari mengambil dadah. Ini berlaku kerana toleran sudah berlaku. Gejala ini termasuk berkeinginan yang melampau untuk mengambil dadah.
 
Apakah itu toleran?
Toleran berlaku apabila seseorang individu perlu menambah dos/kuantiti dadah yang biasa diambil bagi mendapat kesan yang sama Keadaan ini juga dikenali sebagai penggantungan fizikal.
 
Apakah itu pergantungan?
Kegagalan untuk berfungsi apabila tidak mengambil dadah. Ini termasuk penggantungan fizikal, psikologikal dan kegagalan menangani tabiat harian.
 
Dadah yang disalahgunakan.
Apakah jenis dadah yang biasa disalahgunakan?
  • Kumpulan Narkotik :
    • Candu/Opium
    • Morfin/Morphine
    • Heroin
    • Kodein/Codeine
  • Perangsang/Stimulants or 'speeds' :
    • Ekstasi
    • Amfitamin/Amphetamin
    • Kokain
  • Hallucinogens :
    • LSD
    • PCP atau "angel dust"
  • Inhalants :
    • Aerosol
    • Gam
  • Marijuana / Cannabis :
    • Grass
    • Ganja
    • Hashish
       
Bagaimana mengesyaki seseorang itu penagih dadah?
Penagih dadah :
  • Gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di sekolah.
  • Meneruskan tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah yang timbul dari penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.
     
Apakah tanda - tanda yang biasa diperkatakan bahawa seseorang itu penagih dadah?
Penagih dadah boleh :
  • Ponteng sekolah
  • Disiplin menurun
  • Tercicir dari persekolahan
  • Mengasingkan diri dari murid lain
  • Selalu mengasingkan diri di tempat yang terpencil (bilik stor, tingkat bawah bangunan dsb)
  • Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan
  • Penampilan wajah yang tidak terurus dan tahap kesihatan menurun
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menurun
Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda berikut :
  • Mata merah
  • Bekas suntikan di lengan
  • Suka berhutang
  • Mencuri barang yang mudah dijual
     
Mengapa penagih dadah perlu rawatan?
Penagih dadah perlu dibantu untuk berhadapan dengan :
  • Simptom-simptom yang tidak selesa dan juga boleh membawa maut akibat gian yang keterlaluan
  • Masalah sosial yang timbul disebabkan penagihan dadah
     
Apakah jenis rawatan yang boleh diperolehi?
Bantuan profesional adalah diperlukan dalam bidang :
  • Kaunselling
  • Detoksifikasi
  • Pemulihan
Sokongan masyarakat dan keluarga sangat penting untuk membantu penagih membebaskan diri dari cengkaman dadah.

Bagaimana dan di mana bantuan boleh diperolehi bagi mereka yang sudah terlibat dengan penagihan dadah?
  • Berbincang dengan :
    • Ibu bapa
    • Guru kaunseling
    • Guru
    • Kawan/sahabat yang dipercayai
    • Kaunseling /pembimbing rakan sebaya (PRS)
    • Doktor
  • Kumpulan penyokong
  • Pegawai Kebajikan Masyarakat
  • Pegawai pemulihan (Agensi Dadah Kebangsaan)
Bagaimana seseorang itu mencegah dari menagih dadah?
  1. Lengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat yang betul :
    • Mengetahui bahaya dadah
    • Mengetahui mitos mengenai dadah
  2. Peka dengan persekitaran anda.
    • Ahli Keluarga/ peraturan rumah
      • Memahami peradaban di rumah seperti tidak meniru perlakuan orang yang lebih tua
    • Peraturan sekolah
      • Pilih kawan yang betul
      • Hubungan dengan ahli komuniti
      • Jauhkan diri dari kawasan yang berisiko
      • Mengetahui di mana ada kemudahan yang boleh dimanafaatkan
    • Acara masyarakat (kelab/perhimpunan sosial) :
      • Berwaspada selalu
  3. Belajar bagaimana untuk berkata "TIDAK".
    • Ketegasan

Berkhatan Tuntutan Agama-ritual circumcision


Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian dari kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'circumcision'.
Indikasi
Secara lazimnya kebanyakan prosedur khatan yang dilakukan di Malaysia dilakukan kerana tuntutan agama ataupun dinamakan ' ritual circumcision' di mana prosedur khatan itu dilakukan pada zakar yang normal. Sebab-sebab perubatan yang mungkin memerlukan khatan adalah keadaan yang dipanggil 'phimosis' di mana pembukaan kulit pada hujung terlalu sempit dan menghalang aliran kencing atau paraphimosis akibat kulit hujung zakar tersekat di belakang glans.
Paraphimosis terjadi apabila kulit preputial yang ditarik tersekat di belakang glans. Ia bertindak seperti pencerut di bahagian proximal corona. Mengakibatkan edema.
Terdapat juga beberapa kes di mana khatan dilakukan atas sebab-sebab perubatan di mana terdapat kelainan pada kulit zakar atau khatan dilakukan untuk memudahkan memasukan tiub dalam saluran kencing bagi pesakit yang perlu melakukan 'clean self catheterization'. Keadaan seperti pundi kencing yang tidak dapat berfungsi dengan baik juga dapat mendedahkan pesakit untuk mendapat jangkitan saluran kencing, keadaan ini memerlukan kencing dikeluarkan dari pundi kencing dengan memasukan tiub ke dalam saluran kencing, untuk memudahkan pesakit memasukkan tiub dalam saluran kencing, maka kulit yang berlebihan di hujung zakar dibuang dengan prosedur khatan. Terdapat juga kes di mana khatan perlu dilakukan kerana kecederaan pada kulit di hujung seperti apabila kulit pada zakar tersepit dengan zip.
Kulit hujung zakar tersepit zip seluar
Kulit hujung zakar (preputial skin) mungkin diperlukan untuk rekonstruksi genitelia untuk kelainan kongenital zakar. Keadaan ini termasuk hypospadias, epispadias, chordae, buried penis dan micropenis. Untuk itu berkhatan harus dielakkan atau ditangguhkan untuk keadaan tertentu tersebut.
Hypospadias dimana urethra dan kulit bahagian ventral tidak terbina dengan sempurna. Zakar mungkin bengkok atau terpusing.
Teknik Berkhatan
Secara lazimnya terdapat dua peringkat usia utama di mana khatan dilakukan, iaitu semasa bayi baru lahir ataupun dipanggil 'neonatal circumcission' dan juga semasa umur kanak-kanak mencecah sekitar umur 7 - 12 tahun. Khatan juga dilakukan sebagai prosedur sampingan semasa melakukan pembedahan seperti pembedahan hernia.
Kaedah Plastibel
Khatan yang dilakukan semasa bayi baru lahir biasanya dilakukan dengan menggunakan bius setempat. Disebabkan zakar bayi yang baru lahir masih sangat kecil, prosedur ini perlu dilakukan oleh pakar yang benar-benar terlatih untuk melakukan prosedur tersebut, kerana jika tidak, terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi dari prosedur itu. Untuk melakukan khatan pada bayi, pada kebiasaannya memerlukan penggunaan'plastibel'.
Prosedur berkhatan menggunakan plastibel. Setelah slit dilakukan pada kulit preputial, plastibel dilekapkan pada bahagian glans. Benang digunakan untuk mencerut kulit terhadap lekuk plastibel. Selanjutnya, lebihan kulit preputial dibuang
Khatan yang dilakukan pada kanak-kanak yang lebih besar juga biasanya dilakukan di bawah pengaruh bius setempat. Tetapi untuk melakukan prosedur ini kanak-kanak ini perlu ada persediaan mental untuk menghadapi prosedur tersebut. Jika kanak-kanak tidak bersedia dan terlalu takut untuk menghadapi prosedur itu maka prosedur itu tidak harus diteruskan kerana ia meningkatkan risiko untuk komplikasi. Sebelum khatan dilakukan pemeriksaan yang terperinci harus dilakukan pada zakar dan jika terdapat apa-apa kelainan pada zakar pesakit, maka pesakit itu perlu dirujuk pada pakar bedah kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut. Kita hendaklah memastikan pesakit tidak ada masalah pendarahan seperti haemophilia dan seumpamanya, kerana jika pesakit ada masalah pendarahan, pendarahan pesakit mungkin tidak dapat berhenti setelah khatan dilakukan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah mental atau masalah pendarahan, maka Majlis Fatwa Kebangsaan telah memberi pengecualian kepada mereka dari melakukan khatan. Bagi kanak-kanak yang tidak dapat dikhatankan di bawah pengaruh bius setempat boleh dipertimbangkan untuk di khatan di bawah pengaruh bius umum bergantung kepada penilaian doktor perawat dan merit kes. Terdapat dua kaedah utama untuk melakukan khatan iaitu secara freehand atau menggunakan clamp. Dalam kaedahfreehand pula terdapat dua kaedah iatu dengan menggunakan dorsal slit atau guillotine method. Kaedah dorsal slit dianggap lebih selamat kerana ia mempunyai risiko yang rendah untuk kecederaan glans penis berbanding dengan kaedah guillotine.
Kaedah Dorsal slit
  1. Zakar dibersihkan
  2. Kulit zakar dipisahkan dari gland penis dan smegma dibuang
  3. Zakar dibersihkan sekali lagi
  4. Bius setempat diberi
  5. 1 artery forceps diletakan pada frenulum dan 2 artery forceps diletakan pada kedudukan 12 o'clock
  6. Kulit digunting pada kedudukan12 o'clock hingga kulit dalam prepuce 0.3 cm dari corona
  7. Kulit digunting dikeliling penis dengan mengekalkan jarak 0.3 cm dari corona dan kulit dilebihkan pada bahagian franulum
  8. Pendarahan dihentikan dengan menggunakan bipolar atau dengan mengikat saluran darah (penggunaan monopolar diathermy perlu dielak kerana boleh merosakkan bekalan darah pada penis dan menyebabkan kerosakkan pada penis
  9. Kulit dijahit dengan menggunakan suture yang boleh diabsorb dengan cepat
  10. Tidak memerlukan dressing
Kaedah Clamping
Terdapat berbagai jenis clamp di pasaran untuk melakukan khatan, sebelum menggunakan mana-mana clamp,pengamal perubatan mestilah cukup terlatih untuk menggunakan clamp tersebut untuk mengelakkan komplikasi. Secara amnya clampmempunyai dua komponen. Komponen pertama adalah bahagian yang melindungi glans penis dan bahagian yang kedua adalah bahagian yang mengepit lapisan kulit prepucedengan lapisan pertama. Dengan ini darah tidak akan mengalir ke bahagian kulit tersebut dan kulit itu akan mati .Ia mengelakkan dari perdarahan dan tidak perlu untuk melakukan jahitan. Terdapat kes-kes di mana clamp tidak jatuh sendiri dan clamp terpaksa dibuang secara manual. Cara melakukan khatan dengan menggunakan clamp
  1. Pastikan pengamal perubatan terlatih untuk menggunakan clamp yang digunakan
  2. Pastikan saiz clamp sesuai dengan pesakit, ini adalah kerana clamp datang dalam berbagai saiz yang berbeza
  3. Bersihkan penis
  4. Beri bius setempat
  5. Pisahkan glans penis dari prepuce
  6. Lakukan dorsal slit
  7. Letakkan lapisan pelindung glans penis dan pastikan ia terletak dengan sempurna
  8. Tarik kulit prepuce dan letakkan di antara lapisan pelindung dan lapisan pengapit
  9. Kuncikan clamp tersebut
  10. Clamp itu akan jatuh sendiri dalam masa 7-10 hari, jika tidak ia perlu dibuang secara manual
Komplikasi khatan
  1. Pendarahan, jika pendarahan berlaku lakukan gentle compression, jika pendarahan berterusan perlu dapatkan rawatan doktor untuk mencari dan menghentikan pendarahan tersebut
  2. Jangkitan kuman, pastikan tempat pembedahan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman, jika berlaku perlu mendapat rawatan doktor.
  3. Kecederaan pada penis, ini mesti dielakkan dengan melakukan prosedur dengan cermat,sebarang kecederaan mesti dirawat dengan segera
  4. Masalah kencing, jika pesakit menghadapi masalah kencing selepas berkhatan, ia perlu mendapat rawatan doktor dengan segera

Massive Samsung carnival at Surf Beach, Sunway Lagoon. Games, browse phones & update ur phone software! #PartyRockinKL

Massive Samsung carnival at Surf Beach, Sunway Lagoon. Games, browse phones & update ur phone software! #PartyRockinKL

#DiGiWWWOW is back and it bigger and better this time!

#DiGiWWWOW is back and it bigger and better this time!

Nota Tarbiyah dari Gaza-Sesungguhnya pimpinan kami lebih dulu mengorbankan diri sebelum kami mengorbankan tentera-tentera kami


"Inna Nuqaddimu qabla junddi qadatana" (Sesungguhnya pimpinan kami lebih dulu mengorbankan diri sebelum kami mengorbankan tentera-tentera kami) - As syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Kata-kata ini diabadikan pada tembok berhadapan dengan rumah kediaman as-syahid Syeikh Ahmad Yaasin. Kedua mereka syahid dalam jarak hanya 40 hari pada tahun 2004. Kedua mereka membuktikan bahawa amal mereka adalah selari dengan apa yang mereka ucapkan.

Seperti pepatah Arab: "Sekiranya anda hendak menjadi pemimpin kami maka hendaklah anda berada di hadapan kami"

Catatan di bumi Gazza pada hari Khamis 26 Jan 2012 ketika jaulah dan melaksanakan misi audit projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.



Sumber

Israel Jahanam Banyak Kemusnahan Dilakukan-Kaki Rakyat Palestin Dilenyek Dengan Traktor



JAHANNAM !!! Kaki rakyat Palestin dilenyek Israel.

Puncanya : Dua hari lalu, seorang lelaki Palestin, gambar di bawah - tidak diketahui namanya - membina sebuah rumah di Tebing Barat yang diduduki apabila askar-askar Israel menyatakan kepada rakyat Palestin bahawa mereka tidak boleh membuat sebarang binaan di atas tanah mereka. Kampung tersebut bernama al-Dirat terletak berhampiran Hebron - Kawasan C, di bawah kawalan Israel.

Lelaki itu enggan bergerak menyebabkan tentera Israel bertindak memandu traktor milik seorang rakyat Palestin di atas kakinya.Lelaki itu dimasukkan ke hospital.


Sumber

Pendirian Fatah Vs Hamas Supaya Tidak Keliru





Jadual ini merumuskan perbezaan di antara Fatah dan Hamas di dalam soal apa yang dikatakan sebagai '2 state solution'. Kenyataan dari siapapun, perlulah dibandingkan dengan pendirian Fatah dan Hamas dalam soal ini. Mudah-mudahan kita tidak terkeliru lagi.


Sumber

Pendirian Hamas VS Israel Lahnat







Dirumuskan pula prinsip perjuangan HAMAS dan entiti zionis Israel. Hanya ada satu jalan penyelesaian iaitu jihad sehingga sempurna Baitul maqdis dan bumi Palestin dikembalikan kepada umat Islam. 

عش عزيزا أو مت شهيدا
"Isy 'azeezan, au mut syahidan" (Hidup mulia atau mati syahid")


Sumber

Perutusan Pengerusi Aqsa Syarif Sempena MyGMJ 30 Mac 2012-Bebaskan Al-Aqsa



Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat.

Aqsa Syarif mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyahut seruan ‘Global march to Jerusalem’ GMJ pada 30 Mac 2012 yang akan berjalan serentak di seluruh dunia.

GMJ atau Perarakan menuju Baitul Maqdis adalah satu program yang menggabungkan inisiatif global untuk membela dan membebaskan Baitul Maqdis dan bumi Palestin dari cengkaman Zionis yang telah menceroboh tanah suci dan pusat tiga agama besar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Sepanjang 64 tahun yang lalu sejak berdirinya Negara haram Israel dan sejak 45 tahun Baitul Maqdis dan Tebing Barat diduduki oleh Israel, pelbagai bentuk kebiadaban telah dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadah khususnya yang dimiliki oleh umat Islam dan Kristian.

Ancaman ke atas Baitul Maqdis dan sekitarnya bermula dalam perang 1948, di mana Israel mengusir hampir 800,000 penduduk Palestin, 100,000 dari mereka adalah golongan Kristian. Tentera zionis memusnahkan 492 perkampungan termasuk 480 masjid dan 14 buah masjid ditukar menjadi kilang, kelab-kelab hiburan dan kandang ternakan haiwan. 410 tanah perkuburan Islam diratakan dan tanda-tanda makam dimusnahkan. Ini termasuklah Hotel Hilton di Tel Aviv yang didirikan di atas tanah perkuburan Islam Abed an-Nabi. Tragedi tersebut disusuli pula dengan pencerobohan ke atas Baitul Maqdis dan Tebing Barat ekoran pendudukan Israel pada tahun 1967. Dari tahun 1967 sehingga 2004, The Arab Association for Human Rights melaporkan sebanyak 247 masjid dan 19 gereja dicemari dengan pelbagai bentuk penghinaan, diserang dan dirobohkan. Di sekitar Baitul Maqdis sahaja sebanyak 14 masjid menjadi sasaran Zionis.

Sepanjang tahun 2011 sahaja AFEH (Al-Aqsa Foundation for Endowment and Heritage - Yayasan al-Aqsa untuk Waqf dan Warisan) telah mencatat lebih dari 100 serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh elemen-elemen Zionis. Selain dari Masjid al-Aqsa, serangan juga melibatkan  8 buah masjid yang dibakar, cubaan untuk membakar sebuah lagi dan tindakan merobohkan 3 buah masjid yang lain. Tiga belas buah masjid lagi dicemari dan tiga tempat suci Kristian diserang. Di samping itu, 9 tanah perkuburan dicemar dan dimusnahkan. Sebanyak 120 kubur dirosakkan di tanah perkuburan Mamanullah. Sumber AFEH melaporkan serangan ini dilakukan oleh pihak kerajaan, tentera dan pendatang haram yahudi.

Selain dari memusnahkan tempat-tempat suci untuk memadamkan wajah Islam dan Kristian di Baitul Maqdis dan Palestin secara keseluruhan, pihak Zionis secara terang-terangan telah melakukan pelbagai tindakan yang melanggar hak asasi rakyat Palestin dan membelakangkan undang-undang antarabangsa. Tindakan-tindakan biadab ini adalah dalam rangka untuk meyahudikan Baitul Maqdis dan memadamkan ciri asal kota suci yang merupakan pusat agama, budaya dan kesenian tiga agama utama dunia sejak zaman-berzaman.

Mereka telah membina temboh pemisah (Separation Wall) yang  menghalang penduduk Baitul Maqdis dari berhubung di antara satu dengan lain. Panjang tembok ini ialah 181 km yang menutup dan mengepung sepenuhnya Baitul Maqdis . Tembok ini mengepung  kawasan seluas 235 km persegi atau merangkumi 4% dari wilayah Tebing Barat. Ini bererti jalan keluar masuk ke Baitul Maqdis dan Masjid al- Aqsa akan dikawal ketat dari semua arah. Terdapat sebanyak 23 sekatan jalan (roadblocks)  di sekitar Baitul Maqdis. Sekatan-sekatan jalan ini diwujudkan untuk menghalang pergerakan rakyat Palestin dari Tebing Barat masuk ke al Quds dan sebaliknya. Mereka menjadikan sekatan jalan ini sebagai pintu masuk antarabangsa (international crossing points) yang hanya boleh dilalui dengan visa yang dikeluarkan oleh Zionis Israel.
Zionis Israel juga telah dan sedang membina penempatan-penempatan haram Yahudi di sekitar Baitul Maqdis.

Penempatan haram ini meliputi kawasan seluas 112.13 km persegi atau menyamai 47.7% dari kawasan al Quds yang di kelilingi oleh tembok (Jerusalem envelope) yang menempatkan 236,480 pendatang yahudi. Jumlah ini jelas untuk menandingi bilangan rakyat Palestin seramai 151,423 yang terkepung di dalam kawasan tembok sedangkan 251,259 rakyat Palestin berada di luar tembok.

Anjuran GMJ ini juga adalah bersempena dengan Land Day atau 'Hari Tanah' Palestin yang bermula pada 30 Mac, 1977 apabila tentera Zionis menyerang orang awam Palestin yang berdemonstrasi untuk membantah rampasan tanah secara berleluasa di Galilee, utara 'Israel' atau lebih tepat lagi wilayah Palestin yang dijajah sejak 1948. Pada hari tersebut, tentera Zionis membunuh enam orang Palestin, mencederakan 96 orang dan menahan dan memenjarakan kira-kira 300 orang. Seluruh bangsa Palestin dalam 'Israel', Tebing Barat, Gaza dan mereka yang berada di khemah-khemah pelarian di negara-negara Arab mengisytiharkan hari tersebut sebagaiLand Day atau 'Hari Tanah' untuk mengingati kehilangan tanah rakyat Palestin yang masih berlaku untuk meluaskan lagi negara haram Israel.

Kini setelah 32 tahun, rejim Zionis terus rakus merampas tanah-tanah milik orang Palestin samada di Tebing Barat, Baitul Maqdis Timur dan di negara haram Israel sendiri. Bahkan perjanjian Oslo 1993 yang kononnya menjanjikan sebuah wilayah Palestin yang merdeka berasaskan resolusi PBB 242 1967 terus dicabuli sendiri oleh rejim zionis apabila terus merampas tanah rakyat Palestin dan merobohkan kediamam mereka bagi membina lebih banyak penempatan haram Yahudi. Penipuan-penipuan yang berselindung disebalik perjanjian damai terus berlaku sehingga kini. Ini termasuklah merancakkan aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di Ma'ale Adoumin di Tebing Barat sebaik sahaja Konferens Annapolis selesai pada tahun 2007.

Rampasan tanah ini juga berlaku akibat pembinaan tembok pemisah di sepanjang Tebing Barat yang menyebabkan 45% dari tanah rakyat Palestin kini berada dalam wilayah negara haram Israel. Tembok pemisah ini menyebabkan rakyat Palestin kehilangan tanah-tanah pertanian mereka, telaga air bahkan rumah kediaman. Kadar keciciran di kalangan pelajar sekolah juga amat tinggi kerana perjalanan ke sekolah terhalang oleh tembok.

Pada tarikh yang sama iaitu 30 Mac 2009, kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanctions) atau 'Boikot, Mengalihkan pelaburan dan Sekatan' dilancarkan bersempena dengan seruan World Social Forum di Belem, Brazil yang menyeru seluruh dunia memboikot produk, dan institusi Israel. Kempen boikot Israel adalah sangat penting dan menjadi sebahagian dari perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin dan mengembalikan hak rakyat Palestin termasuk hak untuk pulang ke negara mereka seperti yang dijamin oleh piagam dan resolusi-resolusi PBB. Dalam keadaan rakyat Palestin terus dikepung dan dipenjarakan di Gaza dan di Baitul Maqdis maka BDS merupakan satu seruan yang wajib untuk disambut oleh seluruh masyarakat antarabangsa bagi menamatkan kepungan Israel.

Kesemua kezaliman ini menuntut kepada satu tindakan yang padu dari masyarakat antarabangsa untuk memelihara Baitul maqdis dan Palestin dari terus dirosakkan dan dimusnahkan oleh tangan-tangan Zionis yang anti kemanusiaan. Tindakan biadab mereka bukan sahaja menzalimi rakyat Palestin yang sudah berlanjutan lebih dari enam dekad malah mereka sedang bekerja siang-malam untuk memusnahkan warisan dan tamadun kemanusiaan yang tidak ternilai. Perbuatan biadab ini mesti dihentikan segera dan rakyat Malaysia diseru untuk bersama-sama seluruh masyarakat antarabangsa dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin. Solidariti boleh dizahirkan dengan menyertai perhimpunan perarakan MyGMJ yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Jumaat 30 Mac 2012.

Di masa yang sama seramai 23 orang rakyat Malaysia akan bersama dengan anggaran 2 juta masyarakat antarabangsa dari 80 negara yang akan berkumpul di empat buah negara yang berjiran dengan Palestin. Kesemua delegasi Malaysia akan bersama dengan rakyat Jordan dan Palestin dan warga Malaysia yang berada di Jordan yang akan akan bersama menyatakan solidariti mereka bersama rakyat Palestin di Baitul Maqdis dan di Palestin.

Aqsa Syarif menyeru semua pihak yang cintakan kedamaian dan menghormati prinsip hak asasi manusia supaya berganding bahu sempena Global March to Jerusalem dengan menyemarakkan kempen kesedaran ini dengan menyertai Perhimpunan MyGMJ yang telah dirancang pada 30 Mac 2012.
Perkembangan tentang Perhimpunan MyGMJ boleh diikuti di
http://www.mygmj.org.my/
http://www.twitter.com/myGMJ
http://www.facebook.com/MalaysiaGMJ
Pengerusi Sekretariat MyGMJ  Dr Mohd Tahir b Abdul Rahman +6017-9720700
SU Ar Hj Syed Mohd Radzi Sayyid Sakkaf +6013-3909881

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif
MEMPERKASA UMMAH MEMBEBASKAN AL-AQSA

Tuesday, 27 March 2012

Rawatan Guna Anak Ikan kecik Bahaya-Jejas Kesihatan Ke?

ABU DHABI: Pakar perubatan memberi amaran rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan.
Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ikan doktor, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.
Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan.
Rawatan itu biasanya mengambil masa 20 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu. Rawatan ini membabitkan kos kira-kira 95 Dirham (RM82).


Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat.


“Prosedur ini diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV,” kata Khalifa Mohammad Al Rumaithi, pengarah kesihatan awam di Perbandaran Abu Dhabi.


Seorang pakar dermatologi, Dr P Moham Kumar dari Lifeline Hospital berkata tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit. – Agensi


Sumber

Bahaya Virus Hepatitis A-B-C


Virus hepatitis A & E (HVA & HVE)
Dua virus ini mempunyai ciri yang hampir sama. Ia disebarkan melalui makanan tercemar dan menyebabkan hepatitis akut. Biasanya, pesakit akan mengalami masalah kesihatan dalam masa sebulan. Antara gejala jangkitannya ialah demam kuning, demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, sakit kepala, mata menjadi kuning dan lesu. "Apabila virus memasuki badan, ia mengambil masa kira-kira dua minggu dipanggil tempoh inkubasi sebelum menyebabkan masalah kesihatan. Biasanya individu dijangkiti mengambil masa kira- kira dua minggu untuk pulih," kata beliau.

Sehingga kini Malaysia hanya mempunyai kes hepatitis A kerana jangkitan HVE dilaporkan berlaku di India dan Afrika. "Walaupun gejala hepatitis A dan E dianggap lebih ringan berbanding virus hepatitis B dan hepatitis C, wanita hamil yang mendapat jangkitan HVE paling berisiko tinggi iaitu antara 15 peratus hingga 25 peratus menemui maut," katanya.

Hepatitis A boleh merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar daripada penyedia makanan yang dijangkiti atau makanan mentah dan sentuhan sama ada membabitkan alat keperluan harian atau dipusat jagaan kanak-kanak. Malah, ada individu yang terdedah kepada darah yang tercemar pemindahan darah atau perkongsian jarum suntikan. Bagaimanapun, jangkitan melalui cara ini jarang berlaku.

Kanak-kanak yang dijangkiti HVA biasanya mengalami penyakit demam kuning pada kadar yang berbeza. Kurang daripada 10 peratus kanak-kanak berusia kurang enam tahun mengalami demam kuning, 40 peratus hingga 50 peratus demam kuning bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur antara 6 tahun hingga 14 tahun. Kebarangkalian untuk mendapat demam kuning meningkat antara 70 peratus hingga 80 peratus jika jangkitan berlaku pada kanak-kanak lebih dewasa atau remaja yang berumur 14 tahun dan ke atas. Sehingga kini tiada rawatan khusus untuk penyakit ini, tetapi ia boleh dielakkan melalui pengambilan dua dos vaksin pada jarak 6 bulan hingga 12 bulan.

Vaksin disarankan bagi individu yang berisiko tinggi seperti pengembara, lelaki homoseksual dan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan.

Hepatitis B

Dr. Abdul Malik berkata, virus hepatitis B (HVB) mempunyai tempoh inkubasi yang lama iaitu antara dua bulan hingga tiga bulan. Virus ini juga boleh menyebabkan dua jenis masalah sama ada akut atau kronik. Ini adalah jangkitan yang paling lazim berlaku di dunia. Dianggarkan lebih dua bilion penduduk dunia dijangkiti penyakit hepatitis B dan kira- kira 350 juta pembawa HVB kronik. Lebih menyedihkan, kebanyakan pembawa HVB kronik ini adalah India dan Afrika. Di Malaysia, kebanyakan kes ini berlaku di kalangan orang Cina; 60 peratus hingga 70 peratus, Melayu; 30 peratus dan India; 10 peratus. Virus ini disebarkan melalui hubungan seks, berkongsi jarum suntikan atau pemindahan darah. Wanita hamil yang dijangkiti hepatitis B boleh memindahkan virus ini kepada anak ketika bersalin. HVB dikatakan 100 kali lebih cepat merebak berbanding virus HIV. Gejala hepatitis B ialah deman kuning, kematian akut, jangkitan kronik, kematian akibat penyakit hati yang kronik.

Bagaimanapun, bukan semua orang mendapat penyakit ini. Ada yang tidak mengalami masalah kesihatan dan boleh bekerja seperti biasa.

Di kalangan individu yang dijangkiti, hampir 90 peratus kes virus HVB dapat disingkirkan melalui tindakan antibodi badan manakala 10 peratus menjadi pembawa. Oleh kerana itu, HVB bersifat kronik gejala kesihatan biasanya muncul apabila usia menjangkau umur 40 tahun.

Di kalangan pesakit, dianggarkan 20 peratus hingga 25 peratus mengalami masalah sirosis hati iaitu sel hati mati mengeras

dan menyebabkan parut. Daripada jumlah ini kira-kira lima hingga 10 peratus mendapat kanser hati.

Jangkitan HVB boleh dikesan melalui pemeriksaan fungsi hati terutama ujian paras enzim hati (ALT). Biasanya bagi individu yang dijangkiti, paras A adalah tinggi walaupun hatinya boleh berfungsi secara normal. Selain itu, ujian yang boleh dilakukan bagi mengesan jangkitan virus ini adalah melalui proses serologi, imbasan bunyi, DNA bagi HVB dan biopsi hati untuk mengesan darjah keradangan atau kehadiran fibrosis (tisu hati bengkak dan bertukar menjadi parut). Rawatan yang ada sekarang adalah untuk memperlahankan dan memberhentikan tindakan HVB daripada terus merosakkan hati. Ia diberikan dalam bentuk suntikan yang perlu diambil tiga kali setiap minggu dalam tempoh empat hingga enam bulan. Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan susulan setiap enam bulan. Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan susulan setiap enam bulan atau setahun sekali bagi memastikan tiada keradangan baru pada hati mereka. Sebagai perlindungan anda boleh mengambil vaksin hepatitis B yang diberikan dalam tiga dos dengan jarak tiga bulan setiap suntikan.


MESKIPUN belum ada penawar, suntikan vaksin dapat melindungi seseorang daripada dijangkiti hepatitis.

Hepatitis C (HVC)

Hepatitis C dikategorikan sebagai penyakit kronik. Virus yang dikenali sebagai HVC ini boleh berjangkit melalui perkongsian jarum suntikan dengan individu yang dijangkiti, pemindahan darah atau menjalani pembedahan pemindahan organ sebelum tahun 1995, menjalani dialisis darah dalam tempoh berpanjangan, hubungan seks (terutama yang kerap bertukar pasangan), akupuntur, jangkitan daripada ibu kepada bayi ketika bersalin.

HVC mempunyai tempoh inkubasi antara 6 minggu hingga 7 minggu. Ramai yang tidak mengalami gejala hepatitis B boleh muncul walaupun setelah lima tahun mendapat jangkitan. Antara gejala yang biasa ialah demam kuning (30 hingga 40 peratus), demam yang tidak teruk, sakit perut, keletihan dan kerap mendapat jangkitan virus lain seperti selesema. HVC boleh menyebabkan sirosis hati, pengambilan alkohol yang berlebihan boleh mempercepatkan proses sirosis hati di kalangan penghidap hepatitis B dan C. Jika seseorang individu itu mendapat kedua-dua jangkitan (hepatitis B dan C), masalah sirosis dan kanser hati akan menjadi bertambah teruk. Bagaimanapun kes ini jarang berlaku. Ubat yang diberikan kepada pesakit bertujuan menghentikan tindakan virus yang diambil melalui suntikan dan makan selama enam hingga 12 bulan.

Hepatitis D (HVD)

Virus hepatitis D dikategorikan sebagai virus yang tidak lengkap kerana ia memerlukan HVB untuk bertindak. Maknanya jika seseorang itu hanya dijangkiti HVD, dia tidak mengalami sebarang masalah. Gejala kesihatan hanya muncul jika individu berkenaan juga menghidap penyakit hepatitis B; namun kes seperti ini jarang berlaku.

Jika mengalami mana-mana gejala seperti di atas segera jalani ujian untuk hepatitis, terutama bagi individu yang lahir sebelum tahun 1989. Berbincang dengan doktor mengenai kaedah rawatan yang sesuai dengan anda. Individu yang disahkan bebas daripada jangkitan mana-mana virus hepatitis disaran mengambil suntikan vaksin sebagai perlindungan.

Sumber

Khasiat Susu Ibu Kepada Anak Anda


Khasiat susu

Nutrisi sangat penting terhadap kesihatan kanak-kanak. Susu ibu merupakan nutrisi terbaik untuk seorang bayi baru lahir sehingga umurnya lima hingga enam bulan yang memerlukan makanan tambahan kemudiannya.

Pemakanan tambahan selain susu ibu ialah dari unsur beras atau gandum akan ditambahkan lagi dengan sumber lain sehingga makanan diet yang terdiri daripada nasi, daging , sayuran dan buah-buahan menjadi lebih utama daripada susu.

“Sepanjang tumbesaran seorang kanak-kanak, keperluan pemakanannya berbeza dan bertambah. Enam bulan pertama hidupnya, susu badan ibu atau susu formula sudah cukup untuk membina dan menambahkan berat bayi.

“Susu mengandungi jumlah protein, lemak, karbohidrat yang tinggi serta vitamin dan elemen lain yang lengkap. Apabila seorang bayi mula merangkak, berdiri dan berjalan sudah tentu keperluan pemakanan bertambah bukan hanya untuk tulang dan otot malah, untuk tumbesaran otak serta organ dalaman badan,” ujarnya.

Katanya lagi, jumlah keperluan kalori, protein, lemak, vitamin serta elemen lain telah dikira secara saintifik bagi setiap individu dengan umur dan saiz berbeza. Dengan mengambil kira faktor tersebut, susu formula dihasilkan untuk menyumbang kepada pemakanan lengkap seorang kanak-kanak yang membesar.

Nutrisi yang lengkap kepada seorang kanak-kanak memberikan peluang baginya untuk mencapai status keupayaan mental dan fizikal yang baik.

Seorang kanak-kanak yang sihat tubuh badan boleh menghadiri sekolah setiap hari, bersenam dan beriadah bersama ibu bapa.

“Apabila nutrisi berkurangan, peluang kanak-kanak itu berbeza daripada kanak-kanak lain tetapi keupayaan mental dan fizikal juga datangnya daripada kegigihan, semangat, asas agama dan keluarga yang baik,” terangnya.

Sumber

#InnerSecrets lingerie is fashionable and comfortable, get yourself some for 20% off at @hishopmy!

#InnerSecrets lingerie is fashionable and comfortable, get yourself some for 20% off at @hishopmy!

The #DewMoreWinMore contest form is here, the more labels & tabs u have, the higher ur chances to win awesome prizes!

The #DewMoreWinMore contest form is here, the more labels & tabs u have, the higher ur chances to win awesome prizes!

Hv u been following #Agent7.7’s adventures? SO exciting! D suspense is killing me! Check it out here

Hv u been following #Agent7.7’s adventures? SO exciting! D suspense is killing me! Check it out here

Televised on national tv, this is reality tv on a whole different level. #TheHungerGamesMY

Televised on national tv, this is reality tv on a whole different level. #TheHungerGamesMY

DIGI WWWOW AWARDS 2012

DIGI WWWOW AWARDS 2012: I’ve just joined the DiGi WWWOW Awards! Check out my entry here!

Pelajar gagal SPM boleh ikuti kursus GiatMara

RAUB: Pusat GiatMara menawarkan kursus dan latihan kemahiran kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. 

Pengerusi Pusat GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata 36 jenis kursus jangka panjang dan pendek serta latihan untuk 20,000 orang dianjurkan tahun ini.
Katanya, kursus itu antaranya melibatkan bidang kimpalan, pertukangan, jurubina, mengecat, mekanik, elektrik, masakan, gunting rambut dan persolekan.
Shahiruddin berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3.2 juta pekerja mahir dan terlatih menjelang 2020. 

Katanya, peluang yang disediakan itu perlu dimanfaatkan kerana ia dapat menjamin masa depan belia daripada segi pendapatan. - BERNAMA


Sumber