MATLAMAT akhir hidup manusia adalah menuju ke alam kubur dan apabila mengingati kematian, kita akan berasa gementar kecuali kepada mereka yang sudah benar-benar bersedia untuk mengadap Allah s.w.t.
Nasir Bilal Khan yang memegang watak utama sebagai Tok Adi dalam drama bersiri Tanah Kubur, berasakan watak itu memang jauh meresap ke dalam jiwanya. Sudah tiga musim Nasir membawakan watak sama termasuklah untuk musim ketiga drama ini yang akan mula ke udara 24 Februari ini, setiap Jumaat, jam 7.30 malam di Astro Oasis.
Nasir yang ditemui pada pengumuman musim baru Tanah Kubur di Sooka Sentral, Kuala Lumpur, berkata sejak mula berlakon dia memang memilih berlakon drama yang dapat memberi teladan kepada penonton namun ketika itu belum ada saluran TV yang menumpukan kepada bahan karya Islamik.
“Sejak ada Astro Oasis, ia menyediakan landasan untuk kita berdakwah menerusi drama yang dilakonkan. Namun saya bukanlah tok guru untuk memberi pengajaran kepada orang lain tetapi saya mahu jalan cerita drama dan watak yang saya buat menjadi teladan kepada penonton.
“Sejak ada Astro Oasis, ia menyediakan landasan untuk kita berdakwah menerusi drama yang dilakonkan. Namun saya bukanlah tok guru untuk memberi pengajaran kepada orang lain tetapi saya mahu jalan cerita drama dan watak yang saya buat menjadi teladan kepada penonton.
“Sejak diterbitkan drama ini, ada ibu bapa yang mungkin sudah penat menasihati anak mereka kini menyuruh anak-anak tengok sendiri Tanah Kubur kerana ia menyelitkan pelbagai kisah dan teladan.
“Penonton kena tengok sendiri akibat kejahatan yang mereka lakukan, baru mereka akan tahu. Walaupun mungkin pengajaran itu tidak terus meresap ke jiwa mereka tetapi lambat laun suatu hari nanti pasti mereka akan dapat merasainya.
“Tiga musim bersama Tanah Kubur ia memberi kesan besar kepada aspek kerohanian. Sebagai seorang Islam, mati adalah matlamat kita dan bersedialah untuk ke sana,” katanya.
Menurut Nasir, dari dulu lagi dia akan menolak tawaran berlakon jika watak yang ditawarkan aksinya agak keterlaluan. Walaupun ia hanyalah lakonan tetapi tetap ada batasnya kerana itu saya pernah disenarai hitam oleh sesetengah pengarah.
“Saya suka membawakan watak Tok Adi dan sepanjang berlakon dalam Tanah Kubur saya tidak pernah ditimpa kejadian yang menyeramkan kerana kita buat drama ini dengan niat baik,” katanya.
Sebelum ini, Nasir yang pernah berlakon dalam telefilem Cinta Si Penggali Kubur ada bertanyakan pengalaman penggali kubur yang sebenar.
Turut serta pada pertemuan itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar dan pengarah Tanah Kubur, Rashid Sibir.
Jelas Izelan, untuk musim pertama dan kedua, Tanah Kubur berjaya meraih 4.5 juta penonton dan daripada statistik kajian yang dilakukan siaran ulangan drama itu mencatatkan peningkatan penonton.
“Penonton tertinggi datangnya daripada kalangan suri rumah, pelajar dan pesara. Tanah Kubur menyajikan cerita benar yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w., pengalaman penggali kubur serta buku rujukan Islam yang diolah cara moden.
“Pada setiap musim drama ini menyelitkan satu atau dua kisah balasan kepada perubatan baik tetapi penonton lebih suka melihat balasan terhadap perbuatan jahat. Sama ada balasan baik atau buruk, ia adalah peringatan kepada penonton.
“Pada setiap episod drama ini tidak bersambung dan kemunculan pelakon undangan yang berbeza dengan kejadian yang pelbagai. Saya berharap drama ini dapat disambung pada musim berikutnya dan diakhiri dengan penerbitan filem cereka,” katanya.
Rashid pula berkata, untuk musim ketiga, Tanah Kubur masih mengekalkan manusia sebenar sebagai jenazah yang dikapan mengikut ukuran kain kapan sebenar sebanyak tujuh lapis dan pengebumian mengikut hukum. Mayat juga dimandikan seperti mana jenazah yang betul kerana saya mahu memberikan gambaran sebenar kerana drama ini juga di tonton oleh pakar agama.
Musim terbaru masih mengekalkan Nasir sebagai Tok Adi, selain memperkenalkan pelakon baru seperti Jimmy Shanley, Hamidah Wahab, Syafiq Kylie, Ako Mustapha dan Liza Abdullah.
“Pada musim kedua, saya perkenalkan watak anak angkat Tok Adi yang dimainkan pelakon baru, Talha Harith yang diharapkan akan mewarisi pekerjaan Tok Adi. Saya juga masukkan watak Hamidah Wahab yang pasti akan memberikan tanda tanya apakah hubungan antara Tok Adi dengan Hamidah Wahab. Apakah ia juga ada kaitan dengan Tok Adi ketika zaman mudanya?” kata Rashid.
Untuk musim ini, antara isu yang dipaparkan termasuk susuk kuat sembahyang, tidak menghormati al-Quran, mempersiakan anak yatim, menipu dalam perniagaan, lelaki memakai perhiasan emas, bermain nombor ekor, gigolo, masalah pembahagian harta pusaka, mengutuk ulama dan murtad.
Rashid berhasrat untuk menerbitkan Tanah Kubur dalam versi filem tetapi skala ceritanya mestilah lebih besar dan menarik.
Download link:
1.Dedah Aurat : http://adf.ly/5Lt5j
2.Haruan Makan Anak : http://adf.ly/5Lt9W
3.Ular Hitam : http://adf.ly/5LtPO
4.Bahana Riak : http://adf.ly/5LtU5
5.Sepanas Api : http://adf.ly/5LtbD
6.Cahaya Keimanan : http://adf.ly/5Ltfs
7.Harta Anak Yatim : http://adf.ly/5Ltm6
8.Air Mata seksa : http://adf.ly/5Ltpm
9.Syurga Bonda : http://adf.ly/5Lu1B
10.Politik Kubur : http://adf.ly/5Lu4X
11.Ilmu Hitam : http://adf.ly/5Lu8K
12.Melawan Kudrat : http://adf.ly/5LuBt
13.Laki Atau Perempuan : http://adf.ly/5LuGW
14.Tak Byr Zakat : http://adf.ly/5LuPF
15.Pelaris : http://adf.ly/5LuSn
16.Semulia Siti Khatijah : http://adf.ly/5LuVJ
17.Guna-guna Suami: http://adf.ly/5Lubm
No comments:
Post a Comment