Photobucket

Infolinks In Text Ads

Joomla Best around Read more: Skrip Load Blog Page bagi laju | UShareMine

Farsha Beauty Headline Animator

Friday 2 March 2012

Sungai Kering Tiba-tiba-Penduduk India Naik Hairan-


GUWAHATI: Sebatang sungai utama di timur laut India yang berasal dari Tibet dilaporkan kering tiba-tiba, mencetuskan spekulasi bahawa China bertanggungjawab terhadap kejadian itu, lapor seorang pegawai tempatan kepada AFP semalam. 

Sungai yang menjadi sumber keperluan di wilayah Tibet di barat laut China di mana ia dikenali sebagai Yarlung Tsangpo dan mengalir ke India di kawasan pergunungan dan negeri pedalaman Arunachal Pradesh dikenali sebagai Sungai Siang.
Ia mengalir dari negeri bersebelahan Assam dan menjadi sumber air penting untuk pertanian tempatan dan akhirnya menjadi Sungai Brahmaputra, satu daripada sungai terbesar Asia.“Ia mengejutkan apabila mengetahui Sungai Siang kering dan batu di dasarnya jelas kelihatan di kawasan berhampiran bandar Pasighat,” kata ahli parlimen tempatan, Tako Dabi kepada AFP melalui telefon yang merujuk kepada sebuah bandar di daerah Siang Timur. 

“Kami mengesyaki keadaan kering Siang secara tiba-tiba adalah disebabkan China sama ada mengubah aliran sungai di sebelah negara itu atau halangan buatan di bahagian atas,” kata Dabi, seorang penasihat kepada ketua menteri di negeri berkenaan. 

Rakaman video dari tempat kejadian menunjukkan Siang, beberapa kilometer lebar di Pasighat, mengalir perlahan menerusi beberapa laluan sempit. 

“Penduduk tempatan bimbang kerana sungai berkenaan adalah sumber kehidupan mereka,” kata Dabi. 
Ada spekulasi dalam media India mengenai risiko tindakan China mengubah aliran sungai dari Tibet itu dan mengalir masuk ke India atau mengganggu aliran dengan loji hidroelektrik. 

Masalah berkenaan berlaku pada hari menteri luar China, Yang Jeichi mengadakan rundingan di New Delhi bersama rakan sejawatnya dari India, S M Krishna. 

Mereka memutuskan bahawa 2012 akan menjadi ‘Tahun Kerjasama dan Persahabatan India-China” dalam usaha untuk memulihkan rasa tidak percaya dan syak wasangka yang menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara. 

Kedua-dua gergasi Asia itu mempunyai masalah pertikaian sempadan yang tidak dapat diselesaikan menjadi punca kepada pertelagahan berdarah pada 1962. 

China mendakwa hampir seluruh Arunachal Pradesh adalah kepunyaannya. – AFP 

Sumber 

Segelas-Air Kosong-Berharga-RM 1.50-Denda Tak Lbh 100k-3 Thn Penjara


PASIR PUTEH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sudah mengeluarkan 146 surat tunjuk sebab kepada peniaga di seluruh negara yang mengenakan harga air kosong melampau sehingga RM1 dan ke atas.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas termasuk denda mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga yang masih ingkar.
“Kita beri mereka surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam tempoh tujuh hari.“Selalunya, mereka akan turunkan harga selepas itu kerana tidak mahu dikenakan tindakan. 

“Sebelum tindakan diambil, kita akan melihat terlebih dulu kawasan perniagaan, kalau warung atau kedai biasa pun takkan nak kenakan harga melampau untuk segelas air.

“Bagaimanapun, jika harga itu dikenakan di pusat beli-belah Suria KLCC maka kita akan ambil kira kos dan faktor sewa kedai,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Tok Bali, di sini, semalam.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan bahawa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa restoran membuat untung lumayan dengan menjual air kosong apabila mengenakan sehingga RM1.50. 
Berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, peniaga atau syarikat melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sekiranya disabitkan kesalahan. 

Bagi individu yang melakukan kesalahan pertama, mereka boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berikutnya, tertuduh boleh didenda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat terbabit pula boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, manakala untuk kesalahan seterusnya, dikenakan denda sehingga RM1 juta.

Sumber

Semakan- SPBA-Siap Bulan 4-CUEPACS

KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan.
“Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal April. Apa pun tunggulah kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai, Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format bagaimana skim itu hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat awam negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, semalam.Terdahulu ketika berdialog dengan penjawat awam, Muhyiddin berkata, semakan semula SBPA diharap memuaskan hati semua penjawat awam kerana membabitkan arahan serta campur tangan terus daripada Perdana Menteri.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS. 

Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela rakyat. 

“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya. 
Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua tahun selepas pelaksanaan.

Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara tertinggi di dunia.

Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan. 

Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat. 


Sumber

Chantek Movie 2012-Download Segera-


"AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.."

Download
Part 1 http://adfoc.us/276763573522
Part 2 http://adfoc.us/276763579715
Part 3 http://adfoc.us/276763579716
Part 3 http://adfoc.us/276763579717

Thursday 1 March 2012

Penyakit Kuku Kaki Tangan Dan Mulut-Tanda-tanda-Kesan-Komplikasi-Gejala


Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.

Tanda-tanda anak anda mengalami demam panas. Dia juga menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum.


Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Tambahnya lagi jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

Menurutnya, terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.
Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.

HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.

Tempoh pengeraman
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.

Faktor-faktor risiko

Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun amat rentan penyakit ini sambil tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.

Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. Ini kerana kanak-kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding orang dewasa. Bagaimanapun, Dr. Mazidah menambah, ini tidak bermakna, orang dewasa kalis HFMD apatah lagi jika mereka mempunyai sistem imun yang tidak kuat.

Gejala-gejala

• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC
• Sakit tekak
•  Ulser pada tekak dan mulut
•  Sakit kepala
•  Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.


Komplikasi
Dr. Mazidah menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum. Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis). Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Diagnosis
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.


Prognosis
Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian. Hubungi doktor sekiranya:

• Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
• Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
• Demam lebih tiga hari
•  Sakit mulut semakin teruk
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Jika seseorang kanak-kanak ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Langkah-langkah pencegahan

• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan
• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin
• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain
• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin
• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci
• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian
• Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD
• Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya
• Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain
• Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor
• Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula
• Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor
• Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.


Sumber

Pak Mat Nak Kawen-Kena Tunggu Rumput Naik Dulu-


 Bukan Gambar Sebenar

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari.Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secar berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat menjwab, "Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh".

Sumber 

Mengapa UntungnYa Menjadi Wanita-Anak Perempuan- Kepada Semua Muslimah Anda Beruntung-


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.

Sumber:

Battle Los Angeles PC games Full Download


Battle: Los Angeles is a military science fiction video game based on the 2011 film of the same name, directed by Jonathan Liebesman. Developed by Saber Interactive subsidiary Live Action Studios, it was released for Microsoft Windows and Xbox 360 via Xbox Live Arcade on March 11, 2011, the same date the film was released. The game was also released for the PlayStation 3 via the PlayStation Network on March 22, 2011.The game was met with generally unfavorable reviews from critics upon release.

Download Torrent

Assassin's Creed Revelation full Pc Games Download



Present-day protagonist Desmond Miles has fallen into a coma from the events of the previous game. To save Desmond's mind, he is placed in a specialized area of the Animus called the Black Room. Upon awakening inside the Animus, in a location called Animus Island, he meets the consciousness of Subject Sixteen, who occupied the Animus before him. Sixteen explains that Desmond's mind is broken, and the only way for him to repair it is to play through his ancestors' stories until there is nothing left for them to show Desmond, at which point the Animus can separate Desmond from Ezio and Altaïr, and awaken Desmond from his coma.

Desmond enters Animus Island's memory portal, which places him back in the perspective of Ezio Auditore. Ezio has traveled to the former Assassin's fortress in Masyaf to unlock secrets Altaïr had previously discovered, and find the true purpose of the Assassins. Upon arriving, he finds Masyaf taken by the Templars, who mark him for death. Ezio escapes to the bowels of the castle, where he discovers the entrance to Altaïr's library. He learns that five disc-like "keys" are required to unlock the door; that the Templars have one underneath the Ottoman Sultan's palace; and the rest lie hidden in Constantinople, part of the Ottoman Empire.He travels there and is greeted by Yusuf Tazim, leader of the Turkish Assassin Order, and befriends a young student named Suleiman. Ezio learns that the keys were hidden in the city by Niccoló Polo. While searching for the old Polo trading post, Ezio encounters and befriends Sofia Sartor, a young Italian traveler and book collector, and quickly becomes infatuated with her. Sofia helps Ezio discover the locations of the remaining keys, while keeping his intentions and position a secret from her.

Meanwhile, Constantinople is in chaos due to conflicts between Prince Ahmet and his brother Selim, who are quarreling over who will inherit the Sultanate. Caught in the middle of the conflict, Suleiman reveals to Ezio that he is an Ottoman prince, and that he suspects the Templars are behind the feud. Ezio uncovers evidence that Manuel Palaiologos, with Templar support, is attempting to raise an army to overthrow the Ottomans and reestablish the Byzantine Empire. Ezio kills Manuel and recovers the final key, only to discover that Ahmet is the true mastermind of the Templar plot to open Altaïr's library.

During these events, Ezio uses the keys in his possession to witness Altaïr's life after the events depicted in the first game. After killing Al-Mualim, Altaïr took possession of the Apple of Eden and assumed leadership of the Assassins. One of the Assassins, Abbas, did not support Altaïr due to past events, and for killing Al Mualim. When Altaïr and his wife Maria left Masyaf for 10 years to repel the Mongol invasion, Abbas staged a coup d'etat, seizing control of the Assassins and executing Altaïr's youngest son Sef. Altaïr sought revenge; but as Maria tried to stop him, Altaïr's rage was felt by the Apple of Eden and killed Maria. Altaïr was forced to flee with his elder son, Darim, and went into self-imposed exile for 20 years. Altaïr finally returned to Masyaf, killed Abbas, then took his rightful place as the Assassins' leader. In the process, Altaïr told the dying Abbas the truth of the latter's father's death. Years later, an aged Altaïr encodes his memories on the five keys Ezio would find, entrusting them to Niccoló.

In Constantinople, Ezio discovers that Ahmet has killed Yusuf and kidnapped Sofia, demanding the keys in exchange for her life. Ezio agrees, but immediately gives chase upon ensuring Sofia's safety. He recovers the keys, but before he can deal with Ahmet, Selim arrives with his armies and executes Ahmet himself, after saying that their father "made his choice."Due to his son Suleiman's endorsement, Selim has Ezio leave Constantinople, warning him never to return again. After completing this memory, the Animus begins to delete excess data—including Animus Island. Sixteen sacrifices himself to prevent Desmond from being deleted by the Animus.

Ezio and Sofia return to Masyaf, where Ezio uses the keys to unlock Altaïr's library. He finds it empty except for Altaïr's skeleton and a sixth key. He discovers that the library was not meant to hold books—rather, it was a vault meant to house Altaïr's Apple of Eden. Through the key, Ezio learns that Altaïr had sealed himself inside to preserve its secret from the Templars. Ezio leaves this Apple in the library, saying "I have seen enough for one life."  He then begins talking directly to Desmond, not knowing exactly who (or where) he is, but knowing that he is watching. He tells Desmond of his intention to retire from the Assassins, believing he has served his purpose. He expresses hope that Desmond will be able to find answers to the questions he and Altaïr had worked so hard to uncover.

Suddenly, Desmond is approached by Jupiter, a member of the First Civilization. He explains that the First Civilization had built numerous vaults to study methods to save the planet from destruction. All of the data collected was transmitted to a central vault, where the data was tested. None of the methods were effective, however, and they failed to stop the solar flare from destroying their civilization. Jupiter tells Desmond that he has the power to save the planet from a second solar flare, showing him the location of the central vault. Desmond then wakes from the Animus to see Rebecca, Shaun, and his father William standing over him. They had managed to smuggle him out of Rome, and had taken him to the central vault. Desmond then tells the other Assassins that he knows what to do.Underground, the central vault activates

Download Torrent
http://adfoc.us/276763556657

Hukum Memakai Legging-Bukan Cara Hdp Islam-Seperti Berbogel


Majoriti para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’.
Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian.

Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya?dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,?”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah?Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka?Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai?lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad?(21279)
Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.
Hah, itu kata Ustaz Asyaraf.

Aurat Wanita-Debat Ustaz dan Gadis-Akhir Zaman-Bertudung-


Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal | Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Bagus la. Tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengutuk golongan bertudung ni dengan mengatakan pakai je tudung tapi akhlak tak bagus. Mengumpat orang sana sini, mengalahkan wanita yang tidak bertudung. Tambah lagi, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah (ala macam entri yang ni: 8 jenis tudung pelik di Malaysia

Ada juga golongan wanita camni ye. Dah la tak tutup aurat terang-terangan, pastu berani kutuk orang yang sudah atau sedang mencuba untuk tutup aurat. Mari kita ikuti perbualan gadis liberal (wakil golongan yang suka kutuk orang bertudung) dengan seorang ustaz. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA YANG TIDAK TUTUP AURAT, WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)


Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

Sumber;

Program Imunisasi-Pneumokokal-Pekak-cacat-Meningitis-vaksin-Who-Pediatrik

Pneumokokal boleh jadi punca pekak, cacat otak tetapi mampu dicegah dengan vaksin

IMUNISASI anak-anak adalah benteng pertama melindungi nyawa mereka dari jangkitan pelbagai bakteria berbahaya. Walaupun Malaysia bertuah kerana program imunisasi yang disediakan Kementerian Kesihatan adalah berpandukan Perluasan Program Imunisasi (EPI) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diberi percuma kepada bayi dan kanak-kanak, namun masih ada vaksin yang tiada dalam jadual imunisasi kementerian seperti vaksin jangkitan pneumokokal.

Perunding Pediatrik dan Neonatologi Sunway Medical Centre, Dr Khoo Boo Aik menjelaskan, pneumokokal ialah satu kumpulan jangkitan berbahaya yang disebabkan oleh bakterium Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus. Jangkitan bakteria ini boleh mengakibatkan beberapa penyakit lazim seperti jangkitan saluran pernafasan termasuk otitis media (keradangan pada telinga tengah); sinusitis dan jangkitan paru-paru (pneumonia).

Dr Khoo berkata, ia juga boleh menyebabkan sepsis iaitu sejenis jangkitan pada aliran darah dan meningitis (jangkitan pada selaput otak).

“Dalam kata lain, jangkitan ini boleh menyebabkan hilang pendengaran secara kekal, sawan, kelumpuhan, cacat otak, diabiliti dan kematian dalam kes tertentu.

Individu yang termasuk dalam kategori berisiko dijangkiti penyakit ini ialah kumpulan usia seawal bawah lima tahun dan melebihi 65 tahun. Ini kerana sistem imun tubuh yang rendah.

Faktor lain termasuk tidak mempunyai limpa atau tidak berfungsi dengan betul; pernah mendapat rawatan akibat pneumonia; menghidap diabetes; masalah jantung kronik, masalah paru-paru; masalah buah pinggang atau hati; sistem imun yang lemah; mewarisi gangguan immunodeficiency atau menghidap virus human immunodeficiency (HIV) atau acquired immune deficiency syndrome (AIDS) serta implan koklea.

Dr Khoo berkata, antara gejala yang lazim dikesan pada kanak-kanak termasuk batuk berkahak; demam panas; sakit telinga atau lelehan telinga; mudah meragam; menangis berpanjangan; kurang aktif; kelesuan dan nampak sakit. Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa tidak semua akan mengalami gejala yang dinyatakan ketika diagnosa.

Beliau berkata, pneumokokal didiagnosa secara klinikal iaitu berdasarkan hasil ujian klinikal dan ujian pemeriksaan fizikal. Namun, menurutnya, ada beberapa lagi ujian yang dapat membantu mendapatkan keputusan positif tetapi kadangkala masih gagal untuk dikesan. Ini termasuk x-ray dada, kultur dan sensitiviti (C+S) kahak, (C+S) darah, (C+S) air kencing serta (C+S) cecair cerebrospinal.

Dr Khoo berkata, sekalipun berbahaya dan sukar didiagnosa, penyakit ini boleh dicegah dengan langkah-langkah pencegahan am seperti mengekal penjagaan diri yang baik dan pengambilan makanan berkhasiat bagi membina sistem imun sihat. Bagaimanapun, kaedah paling efektif dalam usaha pencegahan pneumokokal adalah dengan vaksin.

“Vaksin diberi dalam bentuk suntikan di mana jumlah dos yang diperlukan pesakit bergantung pada usia mereka. Suntikan vaksin ini berfungsi dengan memberi stimulasi pada tubuh untuk menghasilkan antibodi bagi menentang bakteria pneumokokal. Antibodi ini melindungi anda daripada penyakit sekiranya anda dijangkiti bakteria pneumokokal. Ia juga melindungi daripada banyak (tidak semua) jenis bakteria pneumokokal,” katanya.

Beliau berkata, pneumokokal boleh merebak melalui sentuhan antara orang yang sakit atau pembawa bakteria itu pada tekak mereka. Anda juga boleh mendapat pneumokokal pneumonia daripada titisan air melalui pernafasan dari hidung atau mulut orang yang dijangkiti.

Dr Khoo berkata, antara pilihan rawatan adalah antibiotik secara Intravenous bersama ubatan yang melegakan gejala. Bagaimanapun, dunia berhadapan dengan peningkatan jenis bakteria yang kebal antibiotik. Ini menyukarkan proses rawatan jangkitan bakteria serius ini sekali gus pencegahan melalui vaksin adalah cara terbaik sebagai pilihan rawatan.

Beliau berkata, penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi serius malah maut selain ibu bapa dan penjaga berdepan kebimbangan yang tidak berkesudahan. Kesan psikologikal yang ditinggalkan penyakit ini mampu terlihat pada ibu bapa dalam bentuk beban kewangan bagi menampung kos rawatan hospital.

“Jangan lupa bahawa doktor adalah penjaga yang bertanggungjawab merawat pesakit sehingga sembuh. Sehubungan itu, doktor sangat menekankan pencegahan menerusi kaedah vaksin.

“Ibu bapa perlu sedar bahawa pneumokokal adalah penyakit yang serius dan membawa maut. Sehubungan itu, mereka perlu sedar bahawa pencegahan terhadapnya boleh dilakukan.

“Sekiranya anak-anak tidak mendapat suntikan vaksin ini, ibu bapa perlu peka dan mengambil perhatian terhadap sebarang gejala yang dialami serta segera berjumpa doktor untuk mengesan dan memberi rawatan segera bagi mengelak komplikasi menjadi bertambah buruk,” katanya.

Dr Khoo berkata, ibu bapa harus sedar pneumokokal adalah penyakit yang serius tetapi boleh dicegah.

Sehubungan itu, berikan suntikan vaksin kepada anak anda kerana melalui vaksin ia terbukti lebih efektif dari segi kos sebagai kaedah memerangi jangkitan termasuk penyakit pneumococcal.

Sumber

Rayuan CUEPACS-Pilihan Ke 2-JPA-Premier-Pengurusan Tertinggi-Pengurusan-Profesional-Pelaksana.


KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu peluang kedua diberi kepada kakitangan awam untuk memilih opsyen melanjutkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun, walaupun tarikh penyerahan borang bagi tujuan itu berakhir 31 Disember lalu.

Gesaan itu dibuat Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berikutan masih ramai lagi penjawat awam berminat untuk memilih opsyen terbabit, tetapi terlepas peluang berbuat demikian sebelum ini.
“Saya dapat tahu ramai penjawat awam berminat selepas mendapat tahu kelebihan memilih opsyen terbabit yang ditawarkan melalui pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
“Namun, disebabkan kurangnya kefahaman terhadap opsyen terbabit ketika ia mula ditawarkan, termasuk faktor tempoh masa singkat diberikan kepada penjawat awam untuk memikirkannya sebelum ini, menyebabkan ramai yang terlepas peluang berbuat demikian.

“Justeru, saya harap ketua jabatan dapat memberi sedikit kelonggaran di peringkat dalaman kepada kakitangan masing-masing untuk menyertai skim terbabit.

“Ia terbukti membawa banyak faedah kepada penjawat awam dan saya sendiri percaya ia dapat dilakukan tanpa menjejaskan ketetapan sedia ada,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Seminar Pengurusan Kesatuan Pekerja anjuran bersama Kesatuan Pekerja Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di sini, semalam.
Hadir sama, Presiden KPKSM, Ibrahim Ahmad.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari, tetapi mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lalu.

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi membuat pilihan sama ada memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan lama.

Dalam skim baru berkenaan, hiraki perkhidmatan awam dibahagikan kepada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Sumber

Peringatan-Wanita Ciri Ini Jgn Dipilih Untuk Menjadi Isteri-Keruntuhan Rmh Tangga


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Sumber: 

10 Pintu Utama-Syaitan-Menguasai Hati-Diri-Manusia-


Apabila syaitan sudah menjadi raja di dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan merayap menguasai tunjang di dalam badan manusia.

Pada ketika itu, syaitan berlumba-lumba untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati itu dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.
Namun, beruntunglah manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu iaitu:

  • Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia. Ia berpunca sikap ego manusia yang mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
  • Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah. Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak (benar).
  • Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan nikmat yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (Surah an-Nahl, ayat 23)
  • Keempat – sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
  • Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Junjungan Rasulullah selalu menasihati sahabat menjauhkan diri daripada menjadi golongan keempat ini kerana ia dibenci Allah
  • Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu yang kering.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua, orang yang berilmu dan imam (pemimpin) yang adil.” (Riwayat Muslim).
  • Kelapan – melalui sifat ‘ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
  • Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam agama yang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
  • Ke-10 - melalui sifat buruk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)
Sumber 

Istihar Harta-Rasuah-SPRM-Kerajaan Malaysia-Kabinet-Timbalan Menteri-


KERAJAAN akhirnya bersetuju supaya semua menteri Kabinet, timbalan menteri termasuk anggota keluarga terdekat mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kalau selama ini hanya mereka diwajibkan mengisytihar harta kepada Perdana Menteri, tetapi kini mereka wajib mengisytihar harta ahli keluarga terdekat dan menyerahkan salinan pengisytiharan itu kepada pejabat SPRM.

Keputusan terbaru kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin, bukan saja memberi peluang kepada menteri Kabinet membersihkan nama diri sendiri, keluarga dan kerajaan secara keseluruhannya, malah mampu mewujudkan ketelusan serta integriti dalam pentadbiran negara. Langkah itu membuktikan kerajaan benar-benar serius mewujudkan jentera kerajaan yang bersih daripada perbuatan salah guna kuasa untuk kepentingan diri dan keluarga mereka. Kita yakin banyak pihak mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memberi kebenaran kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakses dokumen pengisytiharan harta semua anggota pentadbiran kerajaan itu. Ia selaras dengan saranan Lembaga Penasihat SPRM supaya dokumen harta berkenaan diserahkan kepada suruhanjaya itu bagi meningkatkan ketelusan dan integriti kepada rakyat. Proses itu mewajibkan setiap tambahan dan pelupusan harta diisytiharkan dan dibuat secara berkanun.

Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, sebenarnya Barisan Nasional (BN) sudah lama mengamalkan proses itu, malahan jauh lebih awal berbanding pihak lain. Ketika meneliti dokumen berkenaan, apa yang ingin dilihat oleh SPRM ialah pertambahan harta individu atau keluarga yang berlaku secara mendadak ketika seseorang masih memegang jawatan berpengaruh atau mempunyai kuasa tertentu sehingga boleh menimbulkan syak atau keraguan. Namun harta sedia ada atau yang diperoleh sebelum seseorang memegang jawatan tidak diambil kira dalam semakan itu. Serentak dengan pengisytiharan harta itu, Perdana Menteri juga bersetuju dengan pandangan lembaga penasihat berkenaan agar suruhanjaya khas diwujudkan bagi proses pengambilan kakitangan SPRM. Tujuannya supaya wujud kebebasan dalam pelantikan pegawai dan kakitangan SPRM berbanding sekarang yang mana proses pelantikan dan pemecatan dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) seperti kakitangan awam lain. Suruhanjaya perkhidmatan khas ini membolehkan SPRM menapis, memilih, menemuduga, melantik dan memecat anggotanya sendiri. Kita yakin langkah penambahbaikan itu dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan keberkesanan suruhanjaya terbabit dalam usaha membanteras rasuah dalam pentadbiran kerajaan. Langkah itu juga dapat menangkis tuduhan liar terhadap barisan menteri Kabinet dan timbalan menteri daripada pelbagai salah guna kuasa dan rasuah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber